Alam & Sains 16 May, 2021

Berita Terkini| 50k rakyat Kelantan lengkap 2 suntikan vaksin! Hanya 1,800 tak hadir janji temu!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Bagi fasa dua dianggarkan seramai 1,800 individu gagal menghadirkan diri dalam janji temu seperti yang dijadualkan.


SERAMAI 50,000 individu di Kelantan berjaya melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi fasa pertama dan fasa kedua.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, bagi fasa kedua dianggarkan seramai 1,800 individu gagal menghadirkan diri pada janji temu seperti yang dijadualkan.

Menerusi program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi fasa kedua, seramai 9,000 individu terdiri daripada warga emas dan golongan berisiko yang berdaftar dan sepatutnya menerima suntikan vaksin, namun hanya 1,800 daripadanya gagal hadir ke pusat pemberian vaksinasi (PPV) yang ditetapkan.

"Mengikut jadual, sepatutnya pada bulan Mei 2021, suntikan vaksin bagi fasa ketiga sudah dimulakan, namun tertangguh disebabkan fasa kedua yang masih belum selesai berikutan beberapa faktor.

"Berdasarkan kajian, dua peratus rakyat di negeri ini menolak suntikan vaksin disebabkan mereka meragui dari segi halal dan haram vaksin, selain bimbang kesan sampingan diterima serta terpengaruh dengan berita tidak sahih seperti mana yang diuar-uarkan dalam media sosial. 

"Pada masa sama, ada juga beranggapan vaksin yang diterima tidak memberi manfaat kepada perlindungan diri untuk mencegah wabak Covid-19," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian, Ahad 16 Mei 2021.

Dr Zaini berkata, bagi PICK fasa pertama, pihaknya tidak mengalami masalah kerana ia membabitkan petugas barisan hadapan.

"Bagi individu yang tidak dapat hadir atau terdapat halangan untuk datang menerima suntikan vaksin diharapkan mereka dapat memaklumkan perkara ini lebih awal kepada pihak kami untuk mengelakkan daripada berlakunya pembaziran.

"Seboleh-bolehnya kita tidak mahu berlakunya pembaziran kerana sekiranya beg vaksin sudah dibuka ianya mesti digunakan sepenuhnya dan tidak boleh disimpan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaini berkata, setakat ini terdapat 10 Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri yang dibuka termasuk di Pasir Mas dan Tanah Merah susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 bagi menempatkan pesakit yang memerlukan pemerhatian.

"Sebanyak 1,940 katil disediakan di kesemua PKRC dan fasiliti di sembilan PKRC kecuali di Gelanggang Seni yang akan beroperasi bermula esok sudah mencapai tahap maksimum.

"Dalam perancangan, sekiranya kes Covid-19 menunjukkan trend peningkatan, kita mungkin akan menjadikan PKRC di Gelanggang Seni ini sebagai hospital medan," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Dr Zaini berkata, setakat ini terdapat 10 PKRC di negeri yang dibuka termasuk di Pasir Mas dan Tanah Merah susulan peningkatan mendadak kes.

0
0
0
0
0
You will be interested