Alam & Sains 10 May, 2020

Boleh mati? Hati-hati bila berlari ketika pakai topeng muka!

@rashidah ibrahim
Bermula di Berita Harian sebagai wartawan di meja berita am 1985, diikuti Berita Minggu, meja mahkamah dan pendidikan sebelum ke majalah Anjung Seri (1993-2015). Jawatan terakhir Timbalan Editor. Meneraju variaseri.com youtube Anjung Destinasi TV.

Share this

PAKAI topeng muka, boleh menyebabkan kematian? Dua pelajar sekolah di China rebah dan mati dalam tempoh seminggu ketika masing-masing sedang memakai topeng muka sewaktu menjalani ujian wajib larian dalam latihan pendidikan jasmani. : KitaReporters

Pelajar diarah pakai topeng penutup mulut dan hidung sewaktu di sekolah di China. - Kredit foto: China News Service


Pelajar dari dua sekolah berlainan itu sedang memakai topeng penutup mulut dan hidung jenis berbeza ketika ujian larian diadakan, memetik portal 7 News yang berpejabat di Sydney.

Difahamkan pemakaian topeng muka adalah wajib dalam kalangan pelajar di China berikutan penularan wabak Covid-19.

Pelajar terbabit, dalam lingkungan usia 14 dan 15 tahun


Seorang daripada mereka baru saja beberapa minit menyertai ujian latihan berkenaan apabila tiba-tiba rebah di trek.  

Dalam kejadian itu, dia dilaporkan rebah ke belakang pada 24 April 2020, di Dancheng Caiyuan Middle School di Provinsi Henan dalam keadaan memakai topeng penutup mulut dan hidung

Akibatnya kepalanya terhantuk ke tanah, menurut cerita bapa tirinya yang hanya mahu dikenali sebagai Li.

Guru cuba membantu tetapi gagal. 

Sijil mencatatkan punca kematian disebabkan serangan jantung tetapi autopsi untuk penyiasatan kematian tidak dilakukan mengikut permintaan pihak keluarga. 

Bapa tiri kanak-kanak itu bagaimanapun percaya topeng muka menjadi penyebab kematian.

“Saya mengesyaki kejadian itu berlaku kerana dia memakai topeng muka,” katanya sambil memberi alasan tidak selesa memakainya sewaktu berlari.

Pemakaian topeng menjadi amalan wajib dalam kalangan pelajar di luar mahupun dalam kelas di China. - Kedit foto: China New Service via Getty Images


Namun Professor di Shaanxi University of Chinese Medicine, Cao Lanxiu berkata, tidak mungkin topeng muka  penyebab pelajar itu lemas dan mati mengejut

"Sukar untuk menentukan punca sebenar tanpa dibuat autopsi (bedah siasat)," katanya.

Enam hari kemudian, seorang lagi pelajar lelaki dilaporkan rebah di Changsha’s Xiangjun Future Experimental School, wilayah Hunan sewaktu menjalani kegiatan latihan yang sama.

Dia sedang memakai topeng muka N95 respirator dan menjalani ujian larian 1000-meter ketika kemalangan berlaku.

Dan sekali lagi, punca sebenar juga tidak dapat dipastikan tanpa dilakukan autopsi.

Pelajar sekolah rendah memakai topeng muka sewaktu aktiviti larian pendidikan jasmani. - Kredit foto: Times 24 News


Biarpun tidak diketahui secara pasti pemakaian topeng muka penyebab kedua-dua kematian itu, beberapa sekolah di Tianjin dan Shanghai telah membatalkan ujian larian dalam kelas pendidikan fizikal, menurut 7 News. 

Tetapi arahan pemakaian topeng di sekolah masih diteruskan.

Apa pun alasannya pendapat penulis, daripada pengalaman sendiri, memang tidak selesa untuk melakukan apa sahaja aktiviti dengan topeng di muka, apatah lagi bagi mereka yang tidak biasa menggunakannya.

Memang terasa sedikit lemas dan terganggu pergerakan dengan adanya sesuatu menutupi hidung dan dan mulut. 

Walaupun sedang berjalan, penggunaannya mengganggu kosentrasi penglihatan dan imbangan apa lagi sewaktu berlari.

Hilang fokus penglihatan dan imbangan, boleh menyebabkan seseorang tersalah langkah dan terjatuh. 

Rebah dengan tiba-tiba sewaktu berlari dengan kuat, tentulah sangat berbahaya, boleh menyebabkan kematian kerana hentakan atau hantukan. - KitaReporters

2
0
0
1
0
You will be interested