Sudah tentulah antara manusia dan haiwan, anatomi atau fizikalnya tidak sama. Sunguhpun begitu, ada antara anggota badan mempunyai fungsi yang sama. Seperti kaki, digunakan untuk berjalan atau berlari.
Ada haiwan berkaki empat, dua dan lebih daripada itu. Manakala, manusia pula ialah makhluk yang mempunyai dua kaki sahaja. Kalau lebih, itu dipanggil cacat.
Kelebihan yang ada pada manusia berbanding makhluk lain ialah kita diberikan akal.
Oleh kerana itu kalau kita tidak menggunakan akal ketika membuat sesuatu perkara, kita akan dipanggil ‘bodoh macam lembu’. Kenapa lembu, sebab ia haiwan yang tidak mempunyai akal seperti mana haiwan-haiwan lain.
Namun, apabila kita teliti dengan betul-betul mengenai anatomi haiwan,
kita akan dapati ia sangat menarik untuk dipelajari. Perkongsian oleh seorang
pengguna TikTok bernama Wawan berkenaan lutut ayam sangat menarik perhatian
ramai.
“Kalau kalian di umur berapa baru tahu ya,” soalnya.
Walaupun pada asalnya dia hanya mahu bercanda (bergurau) tetapi ia fakta yang tidak ramai perasan.
Cuba anda lihat lutut anda dan perhatikan bagaimana ia berfungsi. Menurut Wikipedia, lutut adalah sendi yang menghubungkan paha dengan kaki.
Bagi lutut manusia, lumrahnya akan bengkok ke depan yang membolehkan kita melakukan sujud ketika solat.
Tapi, tahu atau perasankah anda lutut yang dimiliki haiwan bergelar ayam, lututnya bengkok ke belakang (terbalik). Itulah yang dikongsikan oleh Wawan dalam TikToknya.
Tidak disangka informasi yang diunggah secara bercanda itu mendapat reaksi luar biasa daripada orang ramai sehingga mencapai sebanyak 2.5 juta jumlah tontonan.
Rupa-rupanya ramai baru sedar tentang maklumat tersebut. Mungkin masing-masing baru sedar kerana tidak begitu ambil peduli tentang anatomi haiwan.
“Yelah, dah tua-tua ni baru tahu juga lutut ayam terbalik. 64 tahun dah
hidup,” tulis salah seorang netizen.
Manakala seorang lagi netizen memberitahu, dia hampir setiap hari melihat ayam namun tidak pernah sedar bahawa lutut ayam bengkok ke belakang.
“Betul juga. Hari-hari nampak tapi baru perasaan. Ertinya kasihan sungguh ayam itu tak dipeduli,” selorohnya.
Mungkin inilah orang kata kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak! Eh, ke salah?
Apapun, kalau tidak didedahkan, mungkin masih ramai lagi yang tidak perasan. Namun, apabila disebut ayam goreng terutama bahagian paha, pasti ramai yang suka dan tahu. - KitaReporters