CNBC memetik laporan kerajaan meminta orang ramai membasuh pakaian pada suhu tinggi, bersihkan rumah, bersihkan perabot dan memeriksa baju, katil dan jika keadaan sudah tidak terkawal mereka diminta mendapatkan bantuan pakar dalam bidang kawalan serangga.

Timbalan Datuk Bandar Paris, Emmanuel Grégoire dalam catatannya dalam media sosial, platform X memberitahu tiada siapa kebal dan meminta sektor kesihatan dan pihak berkuasa tempatan  bersepakat membanteras serangga ini.

Jabatan Kesihatan New York pula menyifatkan serangga itu sebagai "biasa" di bandar di Amerika Syarikat, demikian kata entomologis, Jim Fredericks, Naib Presiden Kanan Persatuan Kawasan Serangga Nasional AS kepada CNBC.

"Pepijat ini boleh dianggap sebagai kaki kembara yang hebat kerana ia boleh sampai ke tempat yang jauh. Kebetulan pula Paris mengadakan pertunjukan fesyen maka ia menjadi cara mudah haiwan itu bergerak." katanya.

Perlu ditambah di sini, tiga minggu lalu Paris mengharamkan pemakaian hijab ke atas orang Islam dan apabila serangan ini berlaku, tetapi kini orang ramai dinasihatkan memakai pakaian yang menutup seluruh tubuh termasuk kepala (berkelubuing atau berselubung) bagi menggelakkan dihinggap pepijat. - KitaReporters