Alam & Sains 20 Sep, 2023

Pelik tapi benar! Cuaca tak stabil, pesawat berlepas tanpa bagasi! Penumpang diberitahu selepas tiba!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


LAZIMNYA menggunakan perkhidmatan udara memerlukan penumpang perlu berada lebih awal di lapangan terbang dan membawa barangan yang terhad.

Namun berbeza yang berlaku kepada penumpang syarikat penerbangan tambang murah Singapura, Scoot baru-baru ini yang terpaksa mendarat tanpa bagasi.

Memetik CNA pada 15 September 2023, pesawat TR134  dari Lapangan Terbang Changi yang dalam perjalanan ke Xi’an, China terpaksa berlepas lewat kira-kira 35 minit daripada jadual yang ditetapkan.

Ini kerana, syarikat penerbangan itu terpaksa mengeluarkan sejumlah bagasi penumpang disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak stabil.



Lebih mengejutkan petugas juga  terpaksa memunggah semula sejumlah bagasi penumpang berikutan keadaan angin kencang demi mastikan keselamatan pesawat berkenaan.

Bagaimanapun, syarikat tambang murah milik Singapore Airlines itu berkata, penumpang yang terjejas hanya dimaklumkan mengenai perkara tersebut selepas mereka tiba di Xi’an.

“Kes keluarkan bagasi penumpang amat jarang berlaku, namun ia perlu bagi memastikan keselamatan pesawat dan semua penumpang sehingga selamat sampai ke destinasi.

“Kesemua bagasi yang dikeluarkan dihantar semula kepada pemiliknya menerusi satu penerbangan yang berikutnya. 

Namun, syarikat penerbangan itu tidak menyatakan jumlah penumpang yang terjejas dan memaklumkan, kesemua bagasi tersebut dihantar ke penginapan mereka. 



"Dengan rendah hati dan ikhlas, Scoot memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan kami akan membantu semua penumpang yang terjejas,” jelas syarikat tersebut.

Kejadian yang berlaku bukan yang pertama kali berlaku melibatkan syarikat penerbangan .

Baru-baru ini puluhan beg dalam penerbangan sulung New Zealand Air yang berlepas dari New York ke Auckland berdepan masalah sama kerana cuaca yang tidak menentu.

Malah, syarikat penerbangan itu mengeluarkan permohonan maaf, mendakwa tindakan berkenaan terpaksa dilakukan "disebabkan cuaca buruk", lapor New Zealand Herald.  - KitaReporters


  

22
19
0
12
0
You will be interested