Alam & Sains 10 May, 2022

Florence Tan jadi kebanggaan rakyat johor! Sumber dorongan, inspirasi kepada semua - Sultan Johor!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Florence Tan anak kelahiran kampung nelayan di Muar, Johor pegang jawatan Timbalan Ketua Juruteknologi di NASA, Amerika Syarikat. - Kredit foto: FMT

Anak kelahiran sebuah perkampungan nelayan di Muar, Johor menempa nama pada peringkat antarabangsa selepas dilantik sebagai Timbalan Ketua Juruteknologi di Pentadbiran Aeroangkasa dan Aeronautik (NASA), Amerika Syarikat.

Florence Tan yang pada mulanya bercita-cita menjadi seorang guru sewaktu zaman kanak-kanaknya telah beralih minat ke arah kerjaya dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa dan kejuruteran elektrik selepas menonton beberapa siri filem Star Trek.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan angkasa lepas

Florence Tan terlibat dengan pelbagai misi kajian NASA terhadap planet Marikh. - Kredit foto: World of Buzz. 


Dia kini memikul tanggungjawab sebagai pengerusi kumpulan koordinasi kapal angkasa kecil (SSCG) selain sebagai Timbalan Ketua Ahli Teknologi untuk pengarah misi sains di ibu pejabat NASA yang berpusat di Amerika Syarikat.

Sebagai ketua program SSCG antara peranannya adalah menyelaras dan membangunkan strategi serta visi sains NASA untuk kapal kecil angkasa serta misi penerokaan ke planet Marikh.

Antara pencapaian membanggakan adalah terlibat secara langsung dalam kerja-kerja analisis sampel Makmal Sains Marikh, penganalisis Molekul Organik Marikh, Atmosfera Marikh serta misi evolusi meruap, penjelajahan suasana bulan dan persekitaran debu.




Kejayaan Florence turut mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi satu hantaran dalam Facebook rasmi baginda pada 9 Mei 2022. 

Baginda bertitah pencapaian membanggakan Florence itu telah mengharumkan nama Johor pada peringkat antarabangsa.

"Saya mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga atas kejayaan anak kelahiran Johor ini yang menempa nama di luar negara, sekali gus turut membanggakan rakyat serta mengharumkan nama Johor pada peringkat antarabangsa.

"Kejayaan Florence ini akan menjadi dorongan serta inspirasi kepada seluruh rakyat untuk mencatat lebih banyak kejayaan pada peringkat dunia," titah baginda.


Bercita-cita untuk menjadi guru, namun bertukar minat kepada kejuruteran aeroangkasa selepas menonton beberapa siri filem Star Wars.- Kredit foto : NASA

Florance Tan yang merupakan anak kedua seorang guru melanjutkan pelajaran di Universiti Michigan, Amerika Syarikat seawal  usia 18 tahun selepas menamatkan pendidikan pada peringkat menengah di Maktab Rendah Sains Mara, Kuantan, Pahang sebelum berpindah ke Universiti Maryland setahun kemudian dan berjaya memperolehi ijazah serjana muda kejuruteraan kamputer. 

Florance juga merupakan pemegang ijazah dalam kejuruteraan elektrik dan MBA dari Universiti Johns Hopkins.

Mengimbau zaman kanak-kanaknya, Florance yang kini merupakan warga Amerika Syarikat  berkata, dia membesar dalam persekitaran yang serupa dengan sebilangan besar kanak-kanak sebaya dan sezamannya yang  lain di negara ini. 

Menurutnya, kedua-dua ibu bapaya begitu berjimat bagi memastikan dia dan tiga adik beradiknya yang lain mendapat pendidikan terbaik kerana mereka menyedari pendidikan mampu mengubah kehidupan seseorang. 


Kejayaan Florence Tan turut membanggakan dan menjadi inspirasi rakyat Malaysia. - Kredit foto: NASA 


"Saya masih ingat pada satu ketika ayah saya terpaksa menggunakan sepasang kasut yang sudah lusuh dan berlubang di mana satu hari lain pula saya pernah ternampak dia memasukkan sekeping kadboard ke dalam kasut bagi menutup tapak kasut yang sudah berlubang. 

"Saya juga tidak pernah lupa bapa saya sering memberitahu saya dan kakak bahawa mereka mempunyai wang yang hanya mencukupi untuk membiayai kos pedidikan kami berdua sahaja dan dalam masa yang sama berharap dua orang anak pertamanya iaitu saya dan kakak mempunyai kerjaya yang baik dan mampu membantunya menanggung  kos pendidikan dua lagi adik kami," katanya.

Menurutnya lagi,dia juga tidak pernah lupa untuk memberi penghargaan kepada kedua-dua ibu bapanya kerana menyedari jasa merekalah yang meletakkan di mana dia berada ketika ini dan untuk tahun-tahun berikutnya ketika menerima gaji pertama, dia telah membeli sepasang kasut jenama Cristian Dior untuk bapanya di Amerika Syarikat dan mengirimkannya ke Malaysia. - KitaReporters


Pentadbiran Aeroangkasa dan Aeronautik (NASA), Amerika Syarikat

15
5
0
12
0
You will be interested