Alam & Sains 15 Aug, 2020

Syukur! Penduduk Terengganu mula lega! Kluster Pitakwa tamat

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

ALHAMDULILLAH... Kluster Pitakwa berakhir dan penduduk negeri Terengganu kini boleh mula menarik nafas lega apabila kluster COVID-19 yang menular dalam kalangan rakyat negeri itu telah diisytiharkan tamat pada 13 Ogos 2020 lalu. : KitaReporters

Hospital Hulu Terengganu


Sebelum ini penduduk negeri tersebut rasa bimbang ketika mereka sudah selesa tinggal dalam zon hijau tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan kluster baharu, kluster Pitakwa berpunca daripada seorang penduduk tempatan yang tinggal di Nigeria dan pulang ke Malaysia.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kluster Pitakwa merupakan antara tiga kluster tersebut

Info grafik Jabatan Kesihatan Terengganu kes COVID-19 mutakhir di Terengganu


Untuk rekod, kluster PUI Pitakwa, kes indeks kluster itu adalah seorang warga negara Malaysia (iaitu kes ke-8,737) yang pulang ke Malaysia dari Nigeria pada 11 Julai 2020.

Saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati negatif, namun tiga hari selepas ketibaan di Malaysia beliau perlu menjalani ujian ulangan bagi COVID-19 kerana mula mengalami gejala yang lebih teruk, yang mana beliau dikesan positif serta dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu.

Info grafik ke COVID-19 mengikut mukim di Terengganu


Susulan itu, 44 kontak rapat dikenal pasti dan disaring terutama dalam kalangan ahli keluarga, penumpang dan krew kapal terbang, pemandu teksi serta rakan sekerja.

Jumlah kes positif melibatkan kluster berkenaan adalah tiga yang kesemuanya membabitkan rakyat Terengganu. - KitaReporters

5
0
2
0
0
You will be interested