Alam & Sains 30 Nov, 2021

Musim bah di Terengganu! 3,200 sukarelawan belia, 2,779 petugas pelbagai agensi bersiap siaga!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

GAMBAR hiasan... Terengganu siap siaga menghadapi kemungkinan berlakunya banjir. 


KEADAAN cuaca yang tidak menentu dengan hujan yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini memberi gambaran penduduk Negeri Terengganu bakal berhadapan dengan bencana banjir pada bila-bila masa sahaja.

Penduduk terutama mereka yang tinggal di kawasan rendah dan kerap dilanda banjir dinasihat sentiasa siap siaga dengan sebarang kemungkinan kerana sudah menjadi kelaziman apabila tiba penghujung tahun musim tengkujuh akan melanda negeri-negeri Pantai Timur.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan musim tengkujuh

Wan Sukairi Wan Abdullah


Bagi menghadapi situasi tersebut pelbagai pihak terutama Kerajaan Negeri serta agensi berkaitan sudah bertindak mengambil langkah berjaga –jaga bagi mempastikan penduduk berada dalam keadaan siap sedia.

Sehubungan itu, seramai 3,200 sukarelawan belia di Terengganu telah bersedia untuk digerakkan bagi membantu mangsa yang terjejas dalam kejadian banjir dalam tempoh Monsun Timur Laut pada bila-bila masa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sukarelawan tersebut bersiap siaga untuk menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk pascabanjir di seluruh kawasan yang terkesan di Terengganu.


Anggota Bomba dan Penyelamat membuat pemantauan aktiviti orang ramai di pesisiran pantai


Katanya, kira-kira 300 hingga 400 sukarelawan akan berkhidmat di setiap daerah dan membantu mangsa ketika banjir melanda dan selepas bencana termasuk membantu membersihkan kediaman penduduk yang tercemar akibat banjir.

"Setakat ini, semua peralatan termasuk alat komunikasi telah disediakan untuk kegunaan bersama-sama agensi pasukan penyelamat dalam membantu mangsa di kawasan berisiko dilanda banjir serta di pusat pemindahan sementara (PPS),” ktanya kepada media.

Beliau berkata, sekiranya terdapat daerah yang dilanda banjir teruk maka mereka boleh dikerah ke kawasan tersebut bagi memastikan bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan sistematik. 

Pada masa  sama, pihaknya akan memastikan semua sukarelawan akan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika memberi bantuan untuk mengelak penularan COVID-19 sepanjang musim tengkujuh. 


Banjir diramalkan berlaku pada bila-bila masa di Terengganu.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tempoh Monsun Timur Laut 2021/2022 yang bermula awal November 2021 ini akan berlarutan sehingga Mac 2022 dengan empat hingga enam episod hujan lebat yang signifikan dan boleh menyebabkan kejadian banjir sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara itu, seramai 2,779 petugas daripada enam agensi penyelamat di negeri ini bersiap siaga digerakkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir, tahun 2021 ini.


Mohd Rosman Abdullah


Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Rosman Abdullah berkata, sebanyak 833 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di samping 803 anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (517 orang), Jabatan Sukarelawan Malaysia (376 orang), Angkatan Tentera Malaysia (208 orang) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (42 orang).

Dari segi logistik, kesemua agensi berkenaan memiliki 163 bot, 132 kenderaan pacuan empat roda, 62 lori dan 24 ambulans.  

“Sehubungan itu, kita sudah mempersiapkan sebanyak 580 pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan sehingga 270,000 mangsa dengan 80 peratus daripadanya merupakan bangunan sekolah,” katanya. - KitaReporters


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyediakan bot bagi membantu mangsa banjir

 

 

13
13
2
15
2
You will be interested

Video| Terima kasih kongsi tip! Agar reban ayam tiada lalat, kurang berbau! Hanya guna sekam padi!

Seorang penternak ayam telur berkongsi tip elak reban berbau dan didatangi lalat.
Zul Akmar Jamaludin in Alam & Sains 1 week ago

Video| Wanita terkejut! Kapasiti elektrik di Malaysia unlimited! Di Indonesia kena ikut harga dibayar!

Kejutan budaya perbezaan daya kapasiti watt elektrik tenaga elektrik video tular Malaysia Indonesia berbayar dibayar penggunaan berbayar tiada had ada had
Zul Akmar Jamaludin in Alam & Sains 2 weeks ago

Video| Harimau kumbang berjaya diperangkap! Guna umpan kambing! Felda Lasah di Sungai Siput Utara!

Harimau kumbang diperangkap terperangkap ditangkap Felda Lasah Sungai Siput Utara Perhilitan Perak ladang kelapa sawit peneroka perangkap pekerja ladang kebun
Abdul Razak Din in Alam & Sains 3 weeks ago

Perubahan di benua Antartika beri kesan kepada Malaysia! Rakyat perlu sedar kesan perubahan iklim!

Benua Antartika Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC) Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)
Mohammad Ishak in Alam & Sains 4 weeks ago