Alam & Sains 08 Mar, 2021

Amaran: Elak sentuh, simpan! Obor-obor Velella velella didapati terdampar di pantai Terengganu

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Obor-obor "by-the-wind sailors" ditemui terdampar di Pantai Terengganu. - Kredit foto: Jabatan Perikanan Terengganu


KEMUNCULAN obor-obor yang ditemui terdampar di beberapa pantai negeri Terengganu sejak beberapa hari lalu menarik perhatian pengunjung kerana hidupan laut itu yang berwarna biru dikatakan amat menarik

Hidupan marin tersebut adalah sejenis obor-obor yang dikenali sebagai Velella velella atau ‘by-the-wind sailors’ ditemui terdampai di Pantai Pandak Chendering, Pantai Teluk Ketapang dan Pantai Rhu Muda Marang, Terengganu. 

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Zawawi Ali ketika mengesahkan kemunculan obor-obor itu berkata, spesis ini biasanya terapung di tengah lautan. Keadaan angin dan ombak yang kuat menyebabkan hidupan marin ini terdampar di pantai.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan obor-obor:

https://kitareporters.com/search?search=obor-obor 


Zawawi Ali


Katanya, spesis Velella ini mungkin tidak berbahaya kepada orang dewasa, tetapi boleh membahayakan kanak-kanak

“Selain itu ianya juga akan menyebabkan rasa gatal kerana masih dalam kumpulan hydroid.,” katanya dalam satu kenyataan pada 7 Mac 2021.



Beliau berkata, spesis ini juga berbeza dengan Portuguese man of war yang ditemui di Pantai Negeri Terengganu pada awal tahun 2020 iaitu Velella mempunyai layar manakala obor-obor Portuguese man-of-war, mempunyai gelembung untuk terapung.

Selain itu, katanya, Portuguese man -of-war, mempunyai ekor yang sangat beracun manakala Velella tidak mempunyai ekor

Orang awam yang teruja melihat haiwan marin berwarna biru dinasihatkan untuk tidak memegang, menyentuh atau menyimpan spesis ini sama ada yang hidup ataupun telah mati.

“Sekiranya menjumpai mana-mana spesies obor-obor, orang ramai dipohon untuk maklumkan kepada Pejabat Perikanan yang terdekat atau pihak berkuasa tempatan yang berkaitan,” katanya. - KitaReporters


Gambar hiasan... Pantai Marang,Terengganu.

1
1
1
0
2
You will be interested