Alam & Sains 04 Jun, 2021

Keluar satu PKPD, masuk satu lagi PKPD! Penduduk RAKR Pelagat 3 paling lama kena PKPD! 34 hari!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Laluan masuk ke perumahan RAKR Pelagat 3, Seberang Jertih, ditutup selepas dikenakan PKPD.


PENDUDUK RAKR Pelagat 3, Seberang Jertih, Terengganu bersyukur apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) menamatkan status Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan terhadap penduduk terbabit berkuat kuasa pada Jumaat 4 Jun 2021.

Bagaimanapun, belum sempat penduduk terbabit boleh bebas bergerak mereka sekali lagi terpaksa akur apabila pihak berkuasa melanjutkan PKPD membabitkan seluruh daerah Besut, termasuk RAKR Pelagat 3, berkuat kuasa dari 5 Jun 2021 hingga 18 Jun 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PKPD



Berikutan tindakan pihak berkuasa melanjutkan PKPD membabitkan 15 mukim di seluruh daerah Besut, penduduk dalam kawasan RAKR Pelagat Tiga, turut terkesan dengan pelaksanaan perintah tersebut.

Pengerusi Persatuan Penduduk RAKR Seberang Jertih, Samsudin Mohamad berkata, jika mengambil kira  dengan lanjutan perintah berkenan penduduk di perumahan terbabit dipercayai paling lama dikenakan PKPD di negara ini


Samsudin Mohamad


Katanya, PKPD di kawasan perumahan itu bermula pada 14 Mei 2021 dan ditamatkan pada Jumaat 4 Jun 2021, tetapi disambung semula mengikut daerah sehingga 18 Jun 2021.

“Mengambil kira tempoh tersebut kami dikenakan PKPD selama 34 hari, tetapi belum pasti sama ada kemungkinan dilanjutkan lagi,” katanya.


Pengagihan bekalan makanan kepada penduduk RAKR Pelagat Tiga, Seberang Jertih yang dikenakan PKPD


Samsudin berkata, berikutan keputusan MKN melanjutkan tarikh PKPD tersebut penduduk terpaksa akur kerana ingin memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 yang masih serius di negeri itu.

“Walaupun tempoh penduduk RAKR Pelagat 3, berada dalam pelaksanaan PKPD paling lama di negara ini komuniti setempat tetap memberi sokongan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam mematuhi SOP yang ditetapkan," katanya.

Samsudin berkata, ketika minggu pertama dan kedua PKPD dilaksanakan di kawasan perumahan terbabit penduduk tidak menghadapi kesan mendalam kerana pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pemimpin kerajaan setempat sentiasa mengagihkan bekalan barangan keperluan dapur kepada penduduk. - KitaReporters 


Anggota Tentera memasang kawat berduri di perumahan RAKR Pelagat Tiga,Seberang Jertih yang dikenakan PKPD

10
3
5
1
2
You will be interested