Alam & Sains 26 May, 2021

Berita Terkini| Covid-19: Ibu pejabat SSM ditutup 2 hari! Pada 27-28 Mei untuk kerja sanitasi!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


OPERASI Ibu Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur akan ditutup sementara pada 27 dan 28 Mei 2021 bagi pelaksanaan kerja-kerja sanitasi sebagai langkah pencegahan penularan pandemik Covid-19.

SSM memaklumkan operasi berkenaan akan dibuka semula pada 31 Mei 2021. Bagaimanapun, dalam tempoh penutupan sementara perkhidmatan secara dalam talian akan beroperasi seperti biasa.

“SSM juga ingin memaklumkan bahawa pengoperasian semua pejabat SSM seluruh negara adalah tertakluk kepada peringkat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan.

“Bagi kawasan-kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), semua operasi kaunter SSM ditutup kecuali perkhidmatan serah simpan dokumen berkanun yang perlu dilakukan secara drop box dan pos berdaftar sahaja. Serahan dokumen secara drop box terhad pada hari bekerja bermula jam 8.15 pagi sehingga 12.15 tengah hari.

“Bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), operasi kaunter SSM adalah terhad bagi perkhidmatan serah simpan dokumen berkanun secara drop box, pemfailan ekspress (ekspress filing), pos berdaftar, dan permohonan penglibatan peribadi (personal involvement) di dalam syarikat. 

"Manakala bagi kawasan-kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kaunter perkhidmatan SSM beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu, 26 Mei 2021.

Katanya bagi memastikan semua transaksi berkaitan entiti perniagaan tidak terganggu susulan penutupan sementara Ibu Pejabat SSM dan pelaksanaan PKP, pelanggan SSM boleh memanfaatkan perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian seperti berikut:

(a) Portal Ezbiz - https://ezbiz.ssm.com.my

(b) Portal MyCoID -https://mycoid2016.ssm.com.my

(c) Portal MyLLP - https://www.myllp.com.my

(d) Portal e-Info - https://www.ssm-einfo.my

(e) Portal MyData - https://www.mydata-ssm.com.my

(f) Portal MBRS - https://www.ssm4u.com.my

(g) Portal e-Secretary - https://esecretary.ssm.com.my

(h) Portal e-COMTRAC - https://e-comtrac.ssm.com.my

(i) Rayuan kompaun - E-mel kepada ar_compliance@ssm.com.my

(j) Aduan - E-mel kepada aduan@ssm.com.my.

Selain itu untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM menerusi talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
0
0
0
0
You will be interested