Alam & Sains 11 Mar, 2020

WASPADA BRUNEI! KES PERTAMA COVID-19 DISAH

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this
KINI wabak penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19 sudah merebak ke Brunei Darussalam yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Brunei. Ini juga adalah kes pertama berlaku di Tutong pada 9 Mac 2020. : KitaReporters


Menurut Facebook Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam, selain dari kes pertama, lima kenalan rapat pesakit tersebut juga telah didapati positif jangkitan virus tersebut dan telah diasingkan untuk rawatan di Pusat Kuarantin Negara di daerah Tutong.

Kes ini terjadi kepada seorang lelaki berusia 53 tahun yang baru pulang dari Kuala Lumpur pada 3 Mac 2020.

Beliau dikatakan menghadiri bersama rakan-rakannya menghadiri satu perhimpunan keagamaan (tabligh) di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur yang juga dihadiri lebih 100 orang yang berasal dari pelbagai tempat termasuklah Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Pesakit mula menyedari mempunyai simptom-simptom jangkitan dan telah membuat pemeriksaan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada 8 Mac 2020.

Oleh itu, rata-rata rakyat Brunei berasa panik dan menyerbu pasar raya membeli makanan

Untuk anda semua, hindarilah tempat-tempat terbuka agar kita semua dilindungi dari wabak Covid-19.


Laporan dan statistik terkini mengenai COVID-19 boleh diikuti di https://kitareporters.com/coronavirus

0
0
1
0
0
You will be interested