BAGI pasangan suami isteri, berita kehamilan adalah momen paling indah, tidak kisah jantina apa yang dikandung mesti menguntum senyuman lebar. Bagi si suami itu saat menyeronokkan kerana berasa bangga dengan kehebatan dirinya dan berangan-angan jantina bayi yang bakal diperolehi. : KitaReporters
ANITA Devi diberikan rawatan selepas mengalami pendarahan yang krital selepas perutnya dibelah menggunakan sabit oleh suaminya. - Kredit foto: Times Of India.
Lagi cerita-cerita dari India:
https://kitareporters.com/search?search=India
Malah dalam dunia semakin moden hari ini, jantina anak yang bakal dilahirkan juga boleh ketahui pada awal kehamilan, namun tidak semua tempat mempunyai kelengkapan perubatan untuk berbuat demikian.
Namun di sebaliknya berlaku di Bareilly, India apabila seorang suami dikatakan berang selepas mengetahui kandungan isteri yang keenam ini juga adalah juga anak perempuan kerana dia mengharapkan anak yang bakal dilahirkan itu seorang anak lelaki.
Semua tu rezeki Allah siapalah kita mahu menentukan!
Memetik lapoan Times of India, seorang lelaki yang dikenali
Pannalal dikatakan tergamak membelah perut isterinya yang mengandung empat
bulan dengan sebilah sabit semata-mata mahu memastikan jantina kandungan
isterinya yang keenam itu.
Terdahalu pasangan Pannalal dan isterinya Anita Devi
dikurniakan kesemua lima anak perempuan dan mengharapkan kandungan terbaharu
itu adalah anak lelaki.
Aduh!!! Masih ada yang dangkal walaupun dunia
semakin moden dan menganggap ‘kehadiran’ anak perempuan sangat memalukan.
DIKEJARKAN ke hospital selepas suaminya bertindak ganas membelah perut isterinya dengan sebilah sabit untuk mengetahui jantina bayi yang dikandung.
Lebih menyedihkan lelaki itu juga pernah memaksa
isterinya menggugurkan kandungan itu selepas mengetahui jantina anak yang bakal
dilahirkan.
Alahai orang lain kemain berubat untuk dapatkan zuriat, dia pula minta isteri menggugurkan!
Dalam kejadian memilukan itu Pannalal dikatakan
menyerang isterinya di rumah mereka di daerah UP’s Budaun, sekali gus
menyebabkan berlaku pendarahan teruk sebelum dikejarkan ke hospital Safdarjung untuk rawatan lanjut.
Walaupun keadaan Anita kritikal akibat
pendarahan teruk, namun nyawa bayi masih boleh diselamatkan.
Kini suami durjana itu telah ditahan pihak polis di
bawah seksyen 307 kerana cubaan membunuh.
Sepatutnya bersyukur dikurniakan anak yang ramai
kerana ramai lagi di luar sana berikhtiar untuk memiliki cahaya. - KitaReporters