Alam & Sains 23 Nov, 2020

Positif COVID-19? Pesakit masuk penjara khas di Korea Utara!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

PENDUDUK Korea Utara yang mempunyai gejala Covid-19 kini berada dalam kebimbangan selepas kerajaan mengarahkan mereka yang dijangkiti perlu dikuarantin di dalam penjara khas selain diberikan layanan yang menyedihkan. Memetik portal Mirror.co.uk, mereka dibiarkan mati kelaparan dan dibiarkan  dalam keadaan menyedihkan. : KitaReporters


PETUGAS KESIHATAN membuat pemeriksaan ke atas seorang wanita di Pyongyang. - Kredit foto: AFP


Lagi kisah-kisah berkaitan Korea Utara:

https://kitareporters.com/search?search=korea+utara


Lebih memilukan mereka yang dikuarantin mengadu kelaparan kerana keadaan terlalu sejuk. Malah, mereka hanya diberi makan nasi bersama air garam sahaja.

Mereka juga dibiarkan berada dalam kesejukan di dalam sel penjara dan dibiarkan tidur di atas lantai tanpa alat pemanas.

Allahu…kesiannya dahla tak sihat diberi layanan sedemikian pulak.

Keadaan itu menyebabkan mereka yang duarantin tidak dapat membersihkan diri selain berada dalam keadaan yang tidak bersih. 


SEMBURAN antiseptik dilakukan di sebuah bilik di dalam sebuah hospital di bandar Pyongyang.  - Kredit foto: AFP


Bagi mereka yang mengalami gejala ringan pula tidak diberikan rawatan yang sempurna menyebabkan keadaan bertambah parah. Malah ada yang menderita sehingga mengalami kematian.

Lebih mengejutkan jika pesakit yang dikuarantin meninggal dunia mayat mereka akan dihapuskan dan abu pula akan dihantar kepada ahli keluarga tanpa diberikan penjelasan. 

Maka, kita di Malaysia, bersyukurlah walaupun telah disahkan positif COVID-19. Kepada yang tidak, silalah duduk di rumah kalau tak perlu keluar dan bila keluar, jaga SOP seperti senantiasa basuh tangan dan pakai pelitup muka setiap masa dan di mana-mana jua! - KitaReporters

3
1
1
0
1
You will be interested