Alam & Sains 19 Apr, 2021

Berita Terkini| RM35.1j dikutip daripada kompaun, bayaran pas khas! Program Rekalibrasi PATI!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

SERAMAI 73,506 PATI mendaftar menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja. - Kredit Foto Astro Awani


SEBANYAK RM35.1 juta berjaya dikutip kerajaan melalui kompaun dan bayaran pas khas yang dikeluarkan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Program Rekalibrasi PATI sejak dilancarkan pada November 2020 lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sehingga kini seramai 72,324 PATI telah mendaftar untuk Program Rekalibrasi Pulang, manakala 73,506 lagi mendaftar bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.

“Kita telah peroleh sebanyak RM35.1 juta dan  seramai 145,830 PATI telah berjaya kita daftarkan. Ini menunjukkan program tersebut telah pun mencapai satu angka yang boleh kita banggakan. 

“Ada yang sudah dihantar pulang dan ada lagi yang masih mahu bekerja. Apa yang kita lakukan adalah pastikan mereka yang ada dalam negara ini bekerja dengan dokumen yang sah, itu yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” katanya di Putrajaya, pada Isnin 19 April 2021. 

Sebelum ini, ramai yang berpandangan terlalu ramai PATI yang yang tiada mempunyai dokumen sepanjang berada dalam negara kita.

“Tetapi apabila kita lakukan program ini barulah kita sedar bahawa itu semata-mata perseps, sekali gus menunjukkan JIM telah melakukan kerja-kerja pengusiran dan operasi yang dilakukan dengan amat berjaya sekali,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, JIM perlu memastikan kesemua warga asing yang berada di negara ini mempunyai dokumen sewajarnya bagi memudahkan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk mencapai imuniti kelompok seperti dikehendaki oleh kerajaan.

“Kita memerlukan mereka ini untuk diberikan vaksin sebab itu imigresen mesti melakukan kerja yang paling utama, nak menentukan 70 peratus daripada penduduk dalam negara kita ini akan mendapat vaksin salah satu daripadanya adalah daripada golongan warga asing.

“Sebab itu saya meminta kepada JIM untuk pastikan segala warga asing yang ada dalam negara ini boleh keluar bekerjasama dengan kita untuk mereka menerima vaksin yang telah diaturkan oleh kerajaan,” ujarnya.

Pada 12 November 2020, kerajaan melaksanakan Pelan Rekalibrasi PATI yang merangkumi dua komponen utama iaitu Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Kredit Foto Utusan Online  

0
0
0
0
0
You will be interested