Alam & Sains 10 Oct, 2020

4,477 pelajar UUM sertai Minggu Suai Kenal! Secara online!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

SERAMAI 4,477 pelajar baharu Universiti Utara Malaysia (UUM) yang mendaftar secara dalam talian (online) menyertai Minggu Suai Kenal bagi sesi 2020/2021 secara digital dalam Facebook rasmi UUM. Ini kali pertama proses pendaftaran pelajar baharu dan lama secara fizikal ditangguhkan bagi kemasukan Oktober 2020 susulan peningkatan kes wabak COVID-19 di Malaysia khususnya di Kedah. : KitaReporters

Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berucap secara terus dengan pelajar baharu.


Lagi cerita-cerita berkaitan UUM:

https://kitareporters.com/search?search=uum


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, penangguhan tersebut berkuat kuasa sehingga satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

"Pihak universiti mengambil maklum kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 2 Oktober 2020 mengenai penangguhan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka pelajar IPT kemasukan Oktober 2020," katanya.

Beliau menambah, susulan daripada itu, pihak universiti telah bersetuju untuk menangguhkan sesi pendaftaran kemasukan pelajar sehingga ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Dr Hendrik Lamsali (kiri sekali) mendengar taklimat sebelum sesi online diadakan.


Sesi bersama Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar HEP UUM Dr Rajwani Md Zain (kanan)


Dalam pada itu, UUM meneruskan sesi pendaftaran dan Minggu Suai Kenal (MSK) pelajar baharu pada 7 hingga 8 Oktober 2020 diikuti dengan sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual secara dalam talian mulai 11 Oktober 2020 ini.

Sementara itu, dalam sesi bersama Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu.

Katanya, UUM mencipta sejarah kerana buat pertama kalinya MSK berlangsung secara dalam talian (online) berikutan pandemik Covid-19.  

Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani bersama pelajar baharu UUM secara dalam talian.


“Pada saat pandemik Covid-19 masih lagi belum berakhir, saya ingin berpesan kepada pelajar supaya menjaga diri serta sentiasa mematuhi arahan kerajaan bukan sahaja pelajar tempatan malahan antarabangsa Zimbabwe, India, Indonesia Qatar dan Yemen agar kita dapat memutuskan penularan wabak ini,” katanya pada Sesi Santai Naib Canselor Bersama Pelajar Baharu Semester Pertama 2020/2021 dari Bilik Mesyuarat Naib Canselor kampus itu.

Dalam sesi selama satu jam itu, beliau menerangkan tentang latar belakang UUM termasuk pihak pengurusan, staf, kemudahan yang disediakan, pusat pengajian dan pencapaian universiti.

“Saya berharap keadaan akan kembali normal dan pelajar dapat datang secara fizikal dan saya yakin pelajar juga tidak sabar untuk menikmati kehidupan di kampus Sintok,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan pelajar yang bertanyakan pelbagai soalan mengenai UUM. 

Antara pelajar dan staf yang mengendalikan talian secara dalam talian.


Sepanjang sesi MSK itu berjalan pelajar-pelajar juga berpeluang bersama Pengetua Inasis masing-masing untuk mendengar taklimat dan penerangan mengenai peraturan di penginapan dan mengenali barisan Pengetua, Timbalan Pengetua, Penolong Pengetua, barisan Jawatankuasa Pembangunan Siswa dan Residen Siswa.

"Sepanjang sesi bersama 788 pelajar Inasis Malten pelbagai maklumat dikongsi antaranya memperkenalkan barisan pengurusan staf, pelajar, kemudahan, peraturan, hal ehwal pembangunan pelajar dan juga berkesempatan mengadakan sesi soal jawab," kata Pengetua Malten UUM Dr Rohani Abdullah- KitaReporters

Sesi bersama pelajar dengan Pengetua Inasis Malten UUM.


Pengetua Malten UUM Dr Rohani Abdullah.

11
1
0
2
0
You will be interested