Alam & Sains 06 Oct, 2020

Kerana COVID-19! 3 bangunan kerajaan negeri tutup sementara!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

PENULARAN wabak COVID-19 di Terengganu yang didapati semakin meningkat sejak seminggu lalu memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan pantas dengan menutup operasi pelbagai jabatan dan agensi kerajaan termasuk institusi pendidikan dan agama. Langkah itu sebahagian daripada usaha membendung penularan COVID-19 dalam kalangan rakyat negeri ini berikutan pertambahan kes yang dilaporkan berlaku di negeri ini. : KitaReporters

Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu ditutup sementara


Lagi cerita-cerita berkaitan Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=terengganu


Terbaru, pusat pentadbiran kerajaan negeri Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu adalah antara jabatan yang ditutup sementara selama tiga hari bermula hari ini, 6 Oktober 2020 berikutan kakitangan di pusat pentadbiran itu  mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zahari Md Azahar, berkata semua kakitangan kerajaan negeri dibenarkan bekerja dari rumah (BDR/WFH) sepanjang tempoh berkenaan.

Wisma Darul Iman nadi pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu


Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mohd Zahari Md Azhar


Katanya, penutupan sementara itu bagi membolehkan proses disinfeksi dilakukan di keseluruhan bangunan berkenaan. 

"Orang ramai yang mempunyai sebarang urusan penting dengan jabatan kerajaan di Wisma Darul Iman perlu menghubungi kakitangan berkaitan untuk maklumat lanjut kerana kita mahu proses disinfeksi berjalan lancar," katanya.

Katanya, semua kakitangan mestilah berada di rumah masing-masing sepanjang tempoh bekerja dari rumah ini dan dikehendaki kembali bertugas seperti biasa mulai Ahad ini, 11 Oktober.

Beliau berkata, semua kakitangan hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kompleks Seri Iman yang menempatkan pelbagai institusi agama Islam turut ditutup  kepada orang ramai


Selain itu, Bangunan Kompleks Seri Iman yang menempatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu dan Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus turut ditutup sejak 2 Oktober 2020 bagi proses sanitasi.

Pesuruhjaya JHEAT, Mat Azmi Arshad berkata, penutupan sementara itu bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan susulan terdapat pegawai yang mempunyai kontak dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Pesuruhjaya JHEAT Mat Azmi Arshad 


Katanya, enam pegawai dikhuatiri  terlibat dengan mesyuarat bersama Menteri Agama di Putrajaya pada 1 Oktober 2020 lalu. 

Beliau berkata, semua urusan kaunter dan pelanggan di tiga jabatan itu tidak akan beroperasi buat sementara waktu dan semua pegawai serta kakitangan diarahkan untuk bekerja dari rumah. 

Katanya, urusan kaunter dan pelanggan dijadualkan akan beroperasi semula seperti biasa esok iaitu pada 7 Oktober 2020 (Rabu)

"Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan serta berdoa agar wabak penyakit ini dapat dihindari," kata Mat Azmi.

Manakala satu lagi agensi keraajaan negeri iaitu Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menutup pejabat operasi buat sementara waktu selama tiga hari bermula 6 Oktober 2020 untuk sanitasi bagi membendung penyebaran COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata penutupan sementara ini merujuk kepada situasi COVID-19 yang semakin meningkat di Terengganu.

“Untuk itu beberapa program yang telah dirancang oleh YPU akan ditawakufkan buat sementara waktu, manakala program yang boleh dilaksanakan secara dalam talian atau maya akan dilaksanakan seperti biasa," jelasnya.

Bangunan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)


Sebelum sebuah universiti, dua sekolah rendah dan satu menengah, satu Tabika Kemas dan satu masjid ditutup di negeri ini bagi kerja-kerja nyahkuman dijalankan oleh pihak berkuasa berikut premis terbabit mungkin dicemarivirus pandemik  COVID-19. - KitaReporters

0
0
2
0
0
You will be interested