Alam Canggih 01 Oct, 2020

COVID-19 di Terengganu! Tiada arahan nak tutup masjid, surau

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

SEMUA aktiviti keagamaan di masjid dan surau seluruh Negeri Terengganu termasuk solat berjemaah masih boleh dilakukan meskipun negeri ini berlaku penularan kes terbaharu COVID-19. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memaklumkan, tiada arahan dikeluarkan setakat ini untuk penutupan masjid dan surau di negeri ini susulan penularan COVID-19. : KitaReporters

Pesuruhjaya JHEAT Mat Azmi Arshad


Pesuruhjaya JHEAT, Mat Azmi Arshad, berkata pihaknya juga tiada menerima arahan penutupan masjid dan surau daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

"Sehubungan itu orang ramai, terutama umat Islam di negeri ini, diminta tidak menularkan sebarang kenyataan belum sahih melalui laman sosial," katanya.

Beliau mengulas dakwaan tular melalui laman sosial bahawa beberapa masjid dan surau di negeri ini ditutup kerana didatangi individu dijangkiti virus COVID-19. 

Bagaimanapun, sebuah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) di Al-Muktafi Billah Shah, Bukit Besi, Dungun ditutup bermula 30 September 2020 selepas seorang kakitangannya didapati positif COVID-19.

Grafik status terbaharu COVID-19 di Terengganu yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Teerengganu pada 1 Oktober 2020


Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Terengganu, Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi berkata, penutupan premis tersebut adalah inisiatif pihaknya sendiri bagi mencegah penularan wabak itu, bagaimanapun tempoh penutupan bergantung kepada penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

"Hari ini juga kontak rapat kepada kakitangan tersebut telah menjalani ujian saringan COVID-19 termasuk 20 kanak-kanak yang belajar di tabika tersebut,” katanya.

Grafik status COVID-19 mengikut mukim di Terengganu pada 1 Oktober 2020


Sehubungan itu, kata Ahmad Fakhrul Azman, kita berharap ibu bapa tidak panik kerana Kemas Terengganu telah mengambil semua langkah perlu seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Katanya lagi, buat masa ini semua tabika Kemas yang lain di seluruh Terengganu beroperasi seperti biasa.

Kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu mengenai situasi terkini COVID-19 di Terengganu


Dalam pada itu, terdapat pertambahan dua kes baharu COVID-19 menjadikan lapan kes terbaharu direkodkan di Negeri Terengganu sehingga jam 12.00 tengah hari pada 1 Oktober 2020. 

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam, elakkan kawasan yang sesak, elakkan kawasan yang sempit dan elakkan bertutur atau bersembang pada jarak yang dekat. 

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu,Dr Nor Azimi Yunus


Katanya, semua mereka mempunyai sejarah perjalanan ke Negeri Sabah dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu bagi tujuan pengasingan dan rawatan. 

Beliau mengesahkan penutupan sebuah kelas Tabika Kemas di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun sebagai langkah kawalan. 

“Bagi individu yang baharu pulang dari Sabah atau mana-mana zon merah dalam tempoh 14 hari yang lepas dinasihatkan hadir ke mana-mana fasiliti kesihatan di negeri Terengganu bagi dilakukan penilian risiko COVID-19," katanya dalam satu kenyataan media pada hari ini, Khamis 1 Oktober 2020. : KitaReporters

5
7
7
3
3
You will be interested

Video| Untungnya rakyat China! Naik teksi tanpa pemandu! Perkhidmatan Robotaxi pertama di dunia!

Syarikat pemilikan kenderaan pemanduan autonomi terbesar di China, Baidu dan Pony.ai, syarikat pemanduan autonomi dapat permit sulung untuk kendalikan Robotaxi

Video| Ada beran? Jom seberangi jambatan terpanjang di dunia! Sky Bridge 712 terima pengunjung!

Republik Czech buka jambatan dikenali Sky Bridge 721 yang punyai jarak sepanjang 721m dan tergantung di udara pada ketinggian 95m di atas sebuah kawasan lembah
Zuhayati Yazid in Alam Canggih 5 days ago

Doktor rancang nak buat pemindahan rahim! Bagi peluang golongan transgender pengalaman mengandung!

Seorang pakar bedah di New Delhi rancang untuk pindahkan rahim kepada seorang lelaki jalani pembedahan wanita transgender supaya dapat rasai nikmat kehamilan
Zuhayati Yazid in Alam Canggih 1 week ago

Tenun Pahang Diraja: Sudah terbang tinggi, terbang jauh! Tarik perhatian kerabat diraja Britain!

Puteri Diraja Britain, Puteri Anne dan Duchess of Gloucester, Duchess Birgitte berkenan lawat Pameran Tenun Pahang Diraja yang diadakan julung kalinya di London
Mohamed Sa'ari in Alam Canggih 1 week ago

Kesiannya! Ribuan burung jatuh 'dari langit' kerana kelesuan! Gelombang suhu panas jejas kehidupan!

Suhu panas di Gujarat, India memaksa pasukan penyelamat bertungkus-lumus kutip ratusan ekor burung setiap hari yang tewas akibat terkesan gelombang panas haba
Zuhayati Yazid in Alam Canggih 1 week ago