Alam & Sains 14 Jan, 2022

Syukur! Banjir di Pahang pulih sepenuhnya! PPS ditutup! Selepas hampir sebulan dilanda bencana!

@nur ain darwishah
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan.

Share this

Banjir yang turut melanda di Pahang, kini sudah pulih sepenuhnya. - Kredit foto: Sinar Harian


Selepas hampir sebulan dilanda banjir dengan  menyaksikan ratusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pahang dibuka untuk menempatkan mangsa bencana, kini  semua PPS terbabit sudah pun ditutup.

PPS terakhir, Sekolah Kebangsaan (SK) Temai,  Pekan yang menempatkan 61 orang daripada 12 keluarga telahpun diumumkan penutupannya pada 10 malam, 11 Januari 2022 sekali gus menyaksikan bencana banjir di Pahang telah pulih sepenuhnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bencana banjir

Anggota APM menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa banjir. - Kredit foto: APM

SK Temai, Pekan, Pahang turut dilanda banjir. - Kredit foto: MUIP Cawangan Pekan


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
 (JPBN) Pahang memaklumkan, gelombang pertama banjir di Pahang bermula 17 Disember 2021 menyaksikan 67,333 orang daripada 18,243 keluarga ditempatkan di 432 PPS di sembilan daerah. 

Sekretariat itu turut memaklumkan, 21 kematian dilaporkan sepanjang gelombang pertama banjir dengan Bentong merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 11 orang diikuti Temerloh (4), Kuantan (3), Raub (2) dan Pekan (1).

Gelombang kedua banjir pada 31 Disember yang bermula di daerah Raub pula menyaksikan 3,293 orang daripada 911 keluarga ditempatkan di 72 PPS di lapan daerah.



Infografik : APM

Dalam pada itu, Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua pihak yang banyak membantu daripada pelbagai aspek termasuk sudut pemberian informasi.

Bencana banjir kali ini juga mengakibatkan beberapa laluan di dua lebuh raya utama negeri Pahang dinaiki air iaitu Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh raya Pantai Timur 1, namun dibuka secara berperingkat-peringka kepada pengguna selepas kerja pembersihan dilakukan. 



Penutupan PPS selepas mangsa pulang ke rumah. - Kredit foto: Bernama

Banjir sudah berakhir namun kerja-kerja pembersihan masih belum berakhir! Penduduk di sesetengah kawasan yang terbabit masih lagi dalam fasa pascabanjir iaitu membersihkan rumah masing-masing.  

Bertabahlah semua! Takdir Tuhan tiada siapa yang dapat menghalangnya. - KitaReporters 

Kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan di kawasan terbabit banjir. - Kredit foto: Bernama

12
14
0
14
0
You will be interested