Alam & Sains 03 Jul, 2022

Selepas tengok gajah, kita tengok lembu sado pulak! Himpunan Lembu Sado Pantai Timur jadi tarikan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Lembu sado menarik perhatian pengunjung


SELEPAS penampilan gajah bernama Mek Suria sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung tiga hari di Dataran Pekan Jabi, Setiu, Terengganu berjaya menarik perhatian pengunjung program tersebut yang berakhir pada 25 Jun 2022 lalu, terbaharu penduduk negeri itu berpeluang pula melihat lembu sado.

Himpunan Lembu Sado Pantai Timur yang didatangkan khas di lokasi sama tidak terkecuali mendapat perhatian dan sambutan penduduk negeri itu untuk melihat secara lebih dekat mengenai ternakan berkenaan.

Pameran lembu sado yang juga berlangsung selama tiga hari itu dan berakhir pada Sabtu 2 Julai 2022 menjadi tumpuan orang ramai terutama penternak lembu tempatan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ternakan lembu

Orang ramai  menyaksikan lembu sado


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Makanan, Perladangan, Komuditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, lembu sado dibawa khas dari negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu susulan kejayaan penganjuran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan yang berlangsung di Pekan Jabi, Setiu.

Katanya, menerusi himpunan tersebut peniaga yang menyertai pelbagai jenis  jualan di tapak himpunan sepanjang program berlangsung berjaya merekodkan hasil jualan RM183,640 sepanjang tempoh program berlangsung.

Malah, kehadiran pengunjung hampir mencecah 10,000 orang untuk menyaksikan lembu sado tersebut membuktikan program berkenaan berjaya menarik minat orang ramai ke himpunan terbabit.


Dr Azman Ibrahim


Dr Azman berkata, program anjuran Kerajaan Negeri itu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai khususnya penternak di negeri ini melihat ternakan lembu sado yang boleh memperolehi pendapatan tinggi jika diusahakan secara bersungguh-sungguh

“Kehadiran penternak lembu sado dari tiga negeri Pantai Timur pada perhimpunan itu diharap menjadi semangat kepada penternak lain untuk menjadikan bidang ternakan lembu sebagai usahawan yang mampu meraih pendapatan lumayan,” katanya. - KitaReporters


Antara lembu sado yang menyertai Himpunan Lembu Sado Pantai Timur di Pekan Jabi,Setiu.


Dr Azman memeriksa seekor lembu sado yang turut menyertai Himpunan Lembu Sado Pantai Timur.

20
18
1
11
0
You will be interested