Komposer dan penyanyi, Hafiz Hamidun bengang dan geram apabila fotonya disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab. Tidak mahu orang ramai salah faham dan namanya tercemar, Hafiz berkongsi hal berkenaan dalam akaun Instagramnya. Menurut Hafiz, pihak tidak bertanggungjawab itu menggunakan fotonya untuk menipu orang ramai. : KitaReporters
Hafiz kecewa dengan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan fotonya untuk menipu orang ramai.
“Fake! Apa bendalah IQ Forex 2020 ni? Nak scam (menipu) orang pun agak-agaklah ya.
"Pakailah gambar sendiri, ni pakai sebat je gambar raya aku.
"Sampai ada yang bertanya betul ke income dapat sampai ratus ribu macam tu. Jangan percaya ni semua palsu,” tulisnya.
Selain itu juga, Hafiz menasihatkan orang ramai jangan mudah terpedaya dengan tipu helah tersebut.
Tidak mahu apa-apa buruk yang terjadi, menurut Hafiz dia akan membuat laporan polis dan adukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Korang pun janganlah terpedaya dengan iklan-iklan forex yang tipu macam ni.
"Hah, lepas tu nanti jangan salahkan aku pula kalau dah kena tipu... please... saya tengah siap nak buat report @pdrmsia_official dan juga nak adukan pada @skmm_mcmc.
“Nak berniaga biarlah jujur. Buat apa tipu-tipu. Orang suruh berniaga elok-elok, kau pakai sebat je gambar orang nak lariskan perniagaan,” katanya.
Perkongsian Hafiz itu mendapat respons daripada pengikutnya dalam Instagramnya.
Menurut salah seorang netizen, dia menyarankan supaya Hafiz menyaman pihak tidak bertanggungjawab itu.
“Saman je terus orang macam tu Hafiz,” tulis salah
seorang netizen.
Lebih membuatkan Hafiz marah, pihak tersebut kononnya menggunakan undang-undang Islam (syariah) untuk menarik perhatian orang ramai khususnya penganut Islam.
Bagi yang tidak tahu apa itu forex, ia adalah salah
satu daripada pasaran kewangan terbesar di dunia untuk perdagangan pelbagai
mata wang antarabangsa.
Forex bermakna foreign exchange atau bursa perdagangan mata wang.
Namun masalahnya, ia sering digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab atau ‘scammer’ untuk menipu orang ramai.
Jadi, berhati-hati dan jangan mudah tertipu! - KitaReporters