Alam & Sains 06 Sep, 2020

Kerjasama pintar! UniMAP bantu AIU bangun sistem pengurusan

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

DEMI memudahkan kegunaan mahasiswa dan kakitangan, Albukhary International University (AIU) baru-baru ini menginspirasi projek pembangunan yang dibangunkan sendiri oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk kegunaan mahasisiwa dan kakitangan universiti swasta terkenal di negeri Jelapang Padi. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan universiti:

https://kitareporters.com/search?search=universiti


Kedua-dua university yang berjiran itu memeterai kerjasama strategik bagi menjayakan projek penyelidikan dan pembangunan Sistem Pengurusan Pintar untuk kegunaan AIU.

Dah nama pun jiran tak salah berkongsi kepakaran kan??

Projek penyelidikan dan pembangunan system tersebut yang dijalankan menerusi anak syarikat UniMAP, Technopreneur At UniMAP Sdn. Bhd (TUSB) membabitkan penyediaan lima sistem pengurusan standard universiti merangkumi aspek sumber manusia, akademik, kehadiran bertugas serta pengurusan penginapan.

DELEGASI UniMAP dibawa melawat sekitar kampus AIU di Alor Setar, Kedah baru-baru ini. - Foto Ihsan: UniMAP.


Kedua-dua university berkenaan memeterai Memorandum Persetujuan (MoA) untuk bekerjasama dalam majlis yang ringkas tetapi penuh bersejarah yang diadakan di kampus AIU, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, UniMAP diwakili sendiri Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad dan Pengurus TUSB, Prof. Madya Ir. Dr. Muhammad Mokhzaini Azizan manakala AIU diwakili Presiden dan Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Abd. Aziz Tajuddin dan Pendaftar AIU, Prof. Datuk Dr. Mohd. Hafiz Yusoff. Majlis disaksikan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah TUSB, Shahrudin Othman dan Timbalan Naib Canselor AIU, Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail.

Terdahulu, semua sistem tersebut yang dibangunkan oleh Pusat Pengurusan dan Pembangunan Digital (DMDC) UniMAP telah digunakan oleh UniMAP sendiri dan terbukti berjaya menjimatkan kos.

Menariknya lagi, semua proses berkenaan boleh dilaksanakan menggunakan telefon pintar masing-masing.

Inilah nama teknologi... mudah dan jimat kan!

Dr. R Badlishah berkata, sistem tersebut terdiri daripada Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS), Sistem Pengurusan Akademik dan Portal Pelajar (AMIS), Sistem Pengurusan Akademik Pasca Siswazah (GAMIS), Sistem Pengurusan Kemudahan Penginapan (HOMES) dan Sistem Pengurusan Informasi Kedatangan.

TANDA setuju bekerjasama antara kedua-dua universiti  dalam membangunkan Sistem Pengurusan Pintar.


“Sebagai contoh, sistem kehadiran berasaskan geolokasi (GPS) yang dibangunkan awal tahun lalu ketika Majlis Ucaptama Tahunan dan dikembangkan penggunaannya susulan tercetusnya pandemik COVID-19 lalu, membantu pihak pengurusan mengesan lokasi kakitangan dan pelajar UniMAP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sistem berkenaan juga dapat dipadankan dengan status zon COVID-19 yang dikategorikan hijau, kuning atau merah untuk memudahkan UniMAP menyusun jadual pergerakan pulang pelajar ke kediaman masing-masing,” ujarnya.

Sistem itu juga bakal diaplikasikan kepada kemasukan pelajar yang akan datang, UniMAP akan terus memadankan data pelajar dengan kawasan-kawasan berisiko.

Wah…senangnya, tak perlu risau lagi berlaku jangkitan dan risiko COVID-19 dan juga berebut-rebut untuk daftar nanti!

Sementara itu, Dr. Abd. Aziz yakin projek pembangunan pintar berkenaan memberi kemampuan untuk menilai pencapaian pelajar dan kakitangan secara berkala dan yang lebih unik mampu memberikan amaran sekiranya berlaku keganjilan dalam data yang direkodkan.

“AIU amat mementingkan sistem yang mesra pengguna dan pada masa sama mengembangkan prosuder intervensi. Menerusi MOA ini juga, sistem yang dibangunkan ini akan menjadi milik AIU sepenuhnya.

“Sebagai sebuah universiti yang baharu, sistem ini amat penting bagi mengukur pencapaian pelajar secara holistik dan pada masa sama mempunyai kemampuan untuk menilai data dengan ketepatan dan kapasiti yang tinggi,” katanya.

Semoga kerjasama kedua-dua university di utara itu berjaya, sekali gus memberi manfaat kepada mahasisiwa dan kakitangannya nanti.

Good Luck AIU dan Tahniah UniMAP!!  - KitaReporters

3
0
0
0
0
You will be interested