Alam & Sains 12 Dec, 2023

Jom sertai kempen kitar semula e-sisa! Anjuran Maxis dan ERTH! E-sisa mengandungi komponen toksik!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Maxis menjemput orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada kempen kitar semula sisa elektronik atau e-sisa, bagi membendung aktiviti pembuangan yang tidak bertanggungjawab di tapak pelupusan sampah.

E-sisa terdiri daripada barangan teknologi yang rosak atau tidak diingini yang mengandungi komponen toksik yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar atau menimbulkan risiko kesihatan.

Dengan kerjasama E-waste Recycling Through Heroes (ERTH), sebuah pusat pengumpulan e-sisa perusahaan sosial yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar, kempen ini mempromosikan dan menggalakkan pengitaran semula e-sisa dengan menyediakan perkhidmatan kutipan yang mudah dari premis pilihan pengguna di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang 

Dalam kempen ini, pengguna hanya perlu meminta untuk kutipan e-sisa dalam laman web Maxis, menyenaraikan barangan mereka untuk dikitar semula, dan menyediakan barangan tersebut untuk pungutan pada tarikh dan masa yang ditetapkan. 

Persatuan penduduk dan pengurusan bangunan juga boleh bekerjasama dengan ERTH untuk menganjurkan sesi kutipan e-sisa di kawasan kejiranan atau kawasan komersial mereka.



Semenjak pelancaran kempen ini pada 14 Oktober 2023 lalu bersempena Hari E-Sisa Antarabangsa, Maxis dan ERTH telah mengumpul lebih daripada 2,000 barang e-sisa dan mengelakkan lebih 5 tan e-sisa daripada terkumpul di tapak pelupusan sampah. 

Kerjasama antara Maxis dan ERTH juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, memenangi Anugerah Video Kecemerlangan dalam Kelestarian di GSMA M360 Asia-Pasifik beberapa bulan sebelum ini. 

Patrick Er, Ketua Pegawai Jualan dan Perkhidmatan Maxis, berkata beliau berbesar hati melihat sambutan orang ramai terhadap kempen kitar semula ini yang telah dibina atas kejayaan kempen dalaman syarikat Maxis tahun ini.

“Kami bermula secara kecil-kecilan tetapi telah melihat momentum yang menggalakkan. 

"Dalam jangka masa panjang, kami berharap untuk mengembangkan perkhidmatan ini ke negeri lain untuk mewujudkan kesedaran yang lebih besar tentang kitar semula e-sisa dan merekrut lebih ramai orang untuk menyertai kami dalam usaha ini,” katanya.

Pengasas ERTH Mohamed Tarek El-Fatatry berkata, “walaupun e-sisa mewakili hanya peratusan kecil sisa isi rumah, ia menyumbang 70% daripada pencemaran logam berat toksik dalam alam sekitar dan menghasilkan bahaya kesihatan sama seperti kesan plastik. 

"Dengan merintis projek ini bersama Maxis, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang di seluruh Malaysia untuk mengamalkan pengitaran semula e-sisa dan membuat perubahan positif untuk alam sekitar.”



Pengguna yang menyertai program ini boleh menikmati kutipan e-sisa percuma untuk sekurang-kurangnya tiga peranti elektronik atau elektrik terpakai. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.maxis.com.my/ewaste/ - KitaReporters/Kenyataan Media

10
10
0
13
0
You will be interested