Alam & Sains 04 Aug, 2022

Video| Kreatif atau kedekut? Tentu lenguh tangan penumpang sebelah! Guna tangan jadi wiper manual!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


JIKA hujan lebat, wiper atau pengelap cermin adalah sangat penting kegunaannya bagi memudahkan pemanduan kereta dan tidak menghalang pemandangan seseorang untuk memandu.

Namun, jika wiper tidak berfungsi ini akan menyebabkan keselamatan pemandu dalam bahaya kerana hujan di cermin kereta akan menghalang pandangan.

Walau bagaimanapun, sebuah video telah tular memaparkan dua lelaki yang menaiki kenderaan mencuri perhatian ramai dengan gelagat mereka menggunakan kereta syarikat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aspek-aspek kreatif


Apa yang dapat dilihat ialah penumpang sebelah dilihat mengerakkan wiper secara manual menggunakan tali yang dibuat sendiri semasa hujan lebat.

Kreatif betul idea lelaki ini mencipta wiper dengan cara manual menggunakan tali sahaja

Mesti lenguh jugak tangan sebab penumpang kerana dia seorang sahaja yang gerakkan wiper. - KitaReporters



14
13
0
18
0
You will be interested