Alam & Sains 26 Aug, 2025

Tu dia! Banyaknya sampah! 500kg dikutip tepi pantai Teluk Air Tawar SPU! Let's Cleanup World 2025!

Share this

Sampah dan bahan buangan sepanjang pantai dikutip dan dikumpulkan terlebih dahulu.

Kadangkala kelalaian masyarakat dan tidak kepedulian terhadap kebersihan alam sekitar boleh memberi kesan negatif kepada kawasan persekitaran. Begitu juga dengan kawasan pantai Teluk Air Tawar, Seberang Perai Utara (SPU).

Sebanyak 500 kilogram sampah telah berjaya dikutip dan dikumpulkan melalui program 'Let's Cleanup World 2025' yang telah dilaksanakan pada 23 Ogos 2025 di sepanjang pantai tersebut.


Antara bahan buangan yang berjaya dikutip di Pantai Teluk Air Tawar.

Program yang disertai 35 orang pelajar Kelab Mesra Alam, semester 1 (kumpulan D), Politeknik Seberang Perai turut melibatkan pelajar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Tasek Gelugor; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Teik; dan SJKC Li Hwa, Butterworth.

Ia turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Penyertaan pelbagai institusi pendidikan bukan sahaja bagi menyokong agenda 'green & substainability' (hijau dan kelestarian), sebaliknya ia dapat meningkatkan kesedaran pelajar terhadap isu pencemaran.

Selain itu ia juga dapat memupuk nilai tanggungjawab dan semangat sukarelawan dalam kalangan para pelajar maupun para pendidik.


Para peserta memuatkan sampah yang telah dikumpul ke atas lori MBSP.

MBSP menyediakan lori bagi mengangkut 500 kilogram sampah yang telah berjaya dikutip dan dikumpulkan.

Program dengan penyertaan pelbagai institusi pendidikan khususnya sekolah rendah merupakan satu usaha yang seharusnya dipraktikkan secara rutin.

Ia bukan sahaja memberi pendedahan kepada para pelajar sebaliknya menanamkan sifat dan tabiat menjaga alam sekitar agar senantiasa bersih dan tidak tercemar. - KitaReporters


Para peserta bergambar beramai-ramai selepas mengumpulkan bahan buangan.

Pelajar mengumpulkan pelbagai sampah dalam karung plastik berwarna hitam sebelum diangkut oleh lori MBSP.
15
13
0
17
0
You will be interested