Alam Canggih 24 Oct, 2021

7 Café, Pure 7 bukan sekadar kopi, susu! Enak, berkhasiat! Sihat anda keutamaan Tunas BioHerb!

@rodli nayan @ rodly fadly
Berpengalaman hampir 40 tahun dalam bidang kewartawanan, antaranya sebagai pengarang majalah Arena Bolasepak, Mingguan Sukan dan Bola Perdana, juga bertugas sepenuh masa serta sambilan bersama Berita Harian, Harian Metro, Mingguan Perdana dan Sinar

Share this


KEPELBAGAIAN khasiat buah tunjuk langit sebagaimana sudah dibuktikan melalui kajian saintifik menjadikan ia sebagai bahan asas popular bagi pelbagai produk penjagaan kesihatan sama ada dalam bentuk kapsul, cecair, ekstrak atau minuman. 

Kajian menunjukkan, buah tunjuk langit yang mengandungi vitamin A, B6 dan B serta protein, kalsium dan magnesium, juga mampu mengimbangi urik asid dalam tubuh yang menjadi penyumbang utama punca gout, melancarkan peredaran darah selain meningkatkan kecergasan. 

Hasil kajian saintifik juga mendapati buah tunjuk langit mampu mengawal kadar glukos dalam darah serta menseimbangkan tekanan darah.

Ia juga mengandungi flavonoid dan saponin tinggi yang memberikan kesan antioksida, sekali gus mampu mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas yang juga boleh dianggap sebagai pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan susu

Pengarah Urusan Tunas BioHerb, Saifullizan Abu Bakar mengutamakan kualiti dalam setiap produk keluaran syarikatnya.


Bersandarkan dapatan daripada kajian inilah memberi keyakinan kepada syarikat Tunas BioHerb untuk menghasilkan kopi pracampuran berasaskan buah tunjuk langit. 

Menariknya, 7 Café yang sudah berada di pasaran sejak 10 tahun lalu bukan semata-mata berasaskan buah tunjuk langit sebaliknya dimantapkan lagi khasiatnya dengan kombinasi bersama pegaga.

Daun pegaga, ulam yang sinonim dengan masyarakat kita terutama bagi generasi zaman dahulu kerana memang sudah terbukti khasiatnya. Ia mampu meningkatkan peredaran darah, mengawal kolestrol selain menggalakkan pembentukan kolagen yang memberi kesan positif bagi penjagaan kecantikan.

“Konsep setiap produk keluaran syarikat kami bukan semata-mata enak untuk dinikmati sebaliknya kami memastikan ia memberi kesan positif kepada kesihatan pengguna, bersesuaian dengan moto kami ‘Sihat Anda Keutamaan Kami’,” ujar Pengarah Urusan Tunas BioHerb, Muhammad Saifullizan Abu Bakar.

“Justeru sebelum menghasilkan 7 Café, kami mengambil masa selama dua tahun untuk membuat R&D (penyelidikan dan pembangunan) demi memastikan produk kami bukan saja memenuhi citarasa pengguna malah dapat memberi manfaat kepada mereka daripada sudut kesihatan.

“Buah tunjuk langit memang sudah terbukti khasiatnya tapi kami menggabungkan dengan pegaga demi mendapatkan khasiat maksimum,” sambungnya.


Kopi pracampuran 7 Cafe bukan saja enak, juga mampu mengawal tahap kesihatan.


Malah, demi menjamin kualiti serta keberkesanan produk mereka, Saifullizan menegaskan Tunas BioHerb hanya memilih bahan mentah yang benar-benar berkualiti termasuk mengimportnya dari luar negara.

“Kami menggunakan susu skim yang memiliki kandungan lemak lebih rendah atau di beberapa negara dilabelkan sebagai susu bebas lemak. Malah, kopi yang kami guna adalah kopi berkualiti tinggi.

“Setakat ini kami mendapat maklum balas yang sangat positif daripada pengguna dan ini juga terbukti kerana selepas 10 tahun di pasaran, Café 7 masih bertahan dan menjadi pilihan ramai walaupun terdapat banyak produk kopi pracampuran lain di pasaran,” katanya.

Apa yang turut membanggakan, 7 Café turut menaja beberapa acara membabitkan aktiviti pacuan empat roda, drift, berbasikal, pendakian, motorbot dan sebagai penaja Majlis Sukan Negeri Perak untuk Sukan Malaysia (SUKMA).

Kopi 7 Café mengandungi 20 sachet sekotak dengan harga RM55 sementara pek percubaan sebanyak 10 sachet berharga RM33 sekotak, boleh dibeli melalui rangkaian ejen Tunas BioHerb di seluruh negara.


Kualiti dan keenakan susu kambing Pure 7 dijamin kerana ia diimport dari Belanda dan dikilangkan dikilang GMP.


Selain 7 Café, Tunas BioHerb turut mengeluarkan produk susu kambing atas jenama Pure 7 yang sudah berada di pasaran sejak empat tahun lalu.

“Kami memilih produk ini kerana ia merupakan minuman sunah Nabi. Selain itu daripada sudut kesihatan, susu kambing memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan.

“Kajian menunjukkan, susu kambing mempunyai kalsium tinggi, juga kaya dengan vitamin D, yang membantu menguatkan tulang. Selain itu ia turut mengandungi kolagen yang baik untuk kulit.

“Susu kambing juga membantu perkembangan otak serta baik untuk kesihatan jantung kerana kandungan magnesium dalam susu berkenaan, juga mampu menjaga kesihatan usus,” jelas Saifullizan.

Sebagaimana proses pengeluaran 7 Café, mereka melakukan kajian dan pembangunan yang agak lama demi memastikan produk yang dihasilkan benar-benar menepati piawaian yang ditetapkan Tunas BioHerb.


Kopi pracampuran 7 Cafe dan susu kambing Pure 7 menjadi pilihan ramai.


“Masalah utama yang kami lalui sepanjang proses R&D itu iadalah untuk mengatasi bau hamis susu kambing yang sudah pasti tidak disukai pengguna.

“Ada yang mencadangkan agar kami menggabungkan susu kambing itu dengan perisa, contohnya vanilla atau coklat tapi kami tidak bersetuju kerana ia akan menghilangkan keaslian susu itu.

“Akhirnya, dalam perjalanan saya ke Belgium, ketika menginap di sebuah hotel, kami dihidangkan susu kambing asli yang langsung tidak mempunyai bau hamis. Selepas diselidik, susu itu dibekalkan oleh sebuah syarikat dari negara Belanda dan kami terus berurusan dengan mereka untuk mendapatkan bekalan,” ceritanya.

Menurut Saifullizan, sebagaimana kopi 7 Café, sambutan terhadap Pure 7 juga sangat baik serta menjadi pilihan ramai.

“Ia sesuai diminum seisi keluarga. Harganya juga berpatutan iaitu hanya RM57 untuk pek 650 gram,” katanya.

Bagi yang berminat untuk menjadi ejen atau mendapatkan kedua-dua produk ini, boleh hubungi Rozlan Daud 016 9433758 / 011 58843171 atau Mazri Mohamad 019 3853104 juga melalui emel tunasbioherbhq2020@gmail.com - KitaReporters

Tunas BioHerb melalui 7 Cafe menaja pelbagai acara dan aktiviti outdoor.


Saifullizan turut aktif dalam pelbagai aktiviti lasak terutama membabitkan aktiviti pacuan empat serta memenangi pelbagai piala dan trofi.

15
12
0
14
0
You will be interested

Video| Platform e-dagang eJazmine ke pasaran luar negara! Jemput usahawan sertai Virtual Mall!

Platform eJazmine.com kembangkan sayap dari lokal ke global apabila masuki Indonesia, Filipina, Bangladesh serta perkenal Virtual Mall (Pusat Beli Belah Maya)

Rahana MD in Alam Canggih 1 week ago

Kenaikan harga sayur sementara! Harga telur, ayam naik sebab harga makanan ayam naik - KPDNHEP!

Kenaikan harga sayur adalah sementara. Dijangka alami penurunan apabila keadaan cuaca bertambah baik. Harga telur, ayam naik sebab harga makanan ayam pun naik
Mohammad Ishak in Alam Canggih 2 days ago

Video| Hukum guna Android box? Berdosa atau tak berdosa? Ini jawapan mufti yang perlu anda tahu!

Kini ramai gunakan Android box (kotak Android) kerana ia lebih jimat berbanding langgan saluran berbayar. Tapi pernahkah terfikir hukum beli, guna Android box?
Zul Akmar Jamaludin in Alam Canggih 5 days ago

Bantu wanita berniaga! Kelab Usahawan Muslim Profesional perkenalkan peniagaan jemaah di AEON!

Kelab Usahawan Muslim Profesional perkenal konsep perniagaan berjemaah dan berkongsi bayar sewa serta letakkan produk di pusat beli-belah seperti cawangan AEON
Kartini Mohd Noor in Alam Canggih 6 days ago

Video| Doktor makan najis, minum air kencing lembu! Dakwa baik untuk kesihatan, imuniti tubuh!

Dr Manoj Mittal di India sanggup makan najis lembu dan minum air kencing binatang itu dengan dakwaan ia baik untuk kesihatan dan mampu tingkat imuniti tubuh
Fauzan Uda Ahmad in Alam Canggih 1 week ago