Alam Canggih 24 Oct, 2021

Korban COVID-19! Hampir 5 juta penduduk dunia jadi mangsa! Sehingga kini masih ramai berjuang!

@zuhayati yazid
Memulakan kerjaya di Utusan Malaysia pada 2007 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin.

Share this

PENDUDUK menjalani saringan asid nukleik bagi mengesan jangkitan Covid-19 di Wuhan, Wilayah Hubei. - Kredit foto: AFP 


KES pertama jangkitan COVID-19) didakwa dikenal pasti buat pertama kalinya di China pada 17 November 2019 dan merebak ke seluruh dunia kini serta mengorbankan kira-kira 4,926,579 nyawa seluruh dunia, berdasarkan data dikumpulkan oleh AFP, 22 Oktober 2021.

Daripada data berkenaan, sebanyak 242.4 juta  kes jangkitan direkodkan akibat COVID-19 dan kebanyakan sudah pun pulih tetapi masih ada yang terus menghidapi gejala beberapa minggu atau bulan kemudiannya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan angka keseluruhan kes jangkitan COVID-19 mungkin dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi daripada rekod rasmi.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kes COVID-19


Petugas hospital di sebuah hospital di China bertungkus lumus menyelamatkan nyawa pesakit  di awal kemunculan COVID-19 November 2019.


Pada Khamis 21 Oktober 2021,  sebanyak 7,387 kematian dan 449,791 kes baharu direkodkan seluruh dunia. 

Berdasarkan laporan terkini, beberapa negara yang merekodkan kes kematian terbanyak ialah Amerika Syarikat (AS) dengan 1,812 kes disusuli Rusia  sebanyak 1,064 dan Ukraine 546.

AS negara paling teruk terjejas apabila merekodkan keseluruhan kes kematian sebanyak 733,218 daripada 45 juta kes jangkitan terkumpul.


Hospital penuh di Indonesia  menyebabkan pesakit terpaksa diletakkan di keadaan tidak selesa. - Kredit foto: Reuters


Brazil pula negara kedua paling teruk terjejas dengan merekodkan sebanyak 604,679 kes kematian daripada 21,697,341 kes jangkitan keseluruhan. 

Ini diikuti India, 453,042 kematian daripada 34,143,236 kes, Mexico (285,669 kematian daripada 3,772,556 kes) dan Rusia (228,453 kematian daripada 8,168,305 kes).  


Keadaan hospital penuh menyebabkan mayat mangsa Covid-19 disimpan di dalam plastik sampah berwarna hitam bersebelahan pesakit yang sedang dirawat di sebuah hospital di Brazil.


Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.7 juta, Malaysia lebih 2.4 juta kes dan Thailand dengan 1.8 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 165,000 kes. 

Semoga kita terus amalkan hidup sihat dan kekal SOP yang ditetapkan supaya virus tidak terus merebak. - KitaReporters


Peningkatan kes baharu dan angka kematian menunjukkan Covid-19 bukan calang-calang ‘musuh. - Kredit foto: Utusan Malaysia

10
14
1
10
0
You will be interested

Video| Platform e-dagang eJazmine ke pasaran luar negara! Jemput usahawan sertai Virtual Mall!

Platform eJazmine.com kembangkan sayap dari lokal ke global apabila masuki Indonesia, Filipina, Bangladesh serta perkenal Virtual Mall (Pusat Beli Belah Maya)

Rahana MD in Alam Canggih 1 week ago

Kenaikan harga sayur sementara! Harga telur, ayam naik sebab harga makanan ayam naik - KPDNHEP!

Kenaikan harga sayur adalah sementara. Dijangka alami penurunan apabila keadaan cuaca bertambah baik. Harga telur, ayam naik sebab harga makanan ayam pun naik
Mohammad Ishak in Alam Canggih 2 days ago

Video| Hukum guna Android box? Berdosa atau tak berdosa? Ini jawapan mufti yang perlu anda tahu!

Kini ramai gunakan Android box (kotak Android) kerana ia lebih jimat berbanding langgan saluran berbayar. Tapi pernahkah terfikir hukum beli, guna Android box?
Zul Akmar Jamaludin in Alam Canggih 5 days ago

Bantu wanita berniaga! Kelab Usahawan Muslim Profesional perkenalkan peniagaan jemaah di AEON!

Kelab Usahawan Muslim Profesional perkenal konsep perniagaan berjemaah dan berkongsi bayar sewa serta letakkan produk di pusat beli-belah seperti cawangan AEON
Kartini Mohd Noor in Alam Canggih 6 days ago

Video| Doktor makan najis, minum air kencing lembu! Dakwa baik untuk kesihatan, imuniti tubuh!

Dr Manoj Mittal di India sanggup makan najis lembu dan minum air kencing binatang itu dengan dakwaan ia baik untuk kesihatan dan mampu tingkat imuniti tubuh
Fauzan Uda Ahmad in Alam Canggih 1 week ago