PEMILIHAN jurusolek untuk menatarias wajah ketika menghadiri majlis-majlis tertentu sangat penting dan perlu dibuat pemilihan dengan tepat.
Pemilihan tepat bukan sahaja menampilkan wajah yang cantik dan anggun. Malah ada ketika mampu menampakkan lebih muda daripada usia sebenar.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tatarias
Kisah sama berlaku kepada seorang nenek di Bandung, Indonesia tampil muda dan kelihatan anggun selepas mendapat sentuhan kreatif daripada jurusolek.
Solekan yang kemas itu bukan sahaja menampakkan dirinya kelihatan cantik tetapi menampakkan dirinya lebih muda.
Kisahnya diri ditatarias menjadi tular selepas
dikongsi dalam aplikasi TikTok @oniwafa sehingga ditonton lebih 23K pengikut.
Apa tidaknya penampilan sangat luar biasa dan
kelihatan lebih muda daripada usia sebenanrnya.
Kalah orang muda, penampilannya selepas siap ditatarias.
Namun untuk tampil cantik dan lebih muda, jurusolek berkenaan berkongsi kisah di sebalik itu.
Katanya dia terpaksa menggunakan pita selofan (cellophane tape) di
sekeliling muka nenek berkenaan bagi menghilang kedut, sekali gus menegangkan
kulit pada bahagian mukanya.
Aduhai sampai begitu sekali untuk tampil cantik.
Benarlah kata orang-orang dulu nak cantik bukan mudah!
Kini semuanya terbukti.
Malah menerusi video yang dimuat naik, nenek berkenaan
kelihatan reda apabila mukanya dililitkan dengan bahan berkenaan.
Walaupun tidak menyakitkan tapi pasti akan rasa tidak
selesa dengan ‘bahan tambahan' berkenaan.
Tapi demi cantik dan anggun pasti semuanya
diharunginya juga.
Semoga tiada kesan sampingan hasil penggunaan ‘bahan tambahan’ berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terkejut dengan teknik yang digunakan jurusolek berkenaan. Namun ada juga yang mengkritik nenek itu yang sanggup menahan sakit dan diperlakukan sedemikian demi kelihatan cantik dan bergaya. - KitaReporters