Kredit Foto:Berita Harian
Johor bakal membina balai cerap termoden di Asia Tenggara yang akan dikenali sebagai Pusat Astronomi Baitul Hilal, dan bakal beroperasi lima tahun akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Johor,
Tosrin Jarvanti berkata, perkara berkenaan telah mendapat perkenan Sultan
Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
“Kos pembinaan Pusat Astronomi Baitul Hilal yang akan
dibina di Pontian dijangka menelan belanja sebanyak RM15 juta.
“Dalam meninggikan syiar Islam, di negeri ini terdapat
balai cerap bagi melihat anak bulan. Ada kewajaran Johor mempunyai satu balai
cerap yang moden iaitu Pusat Astronomi Baitul Hilal,”katanya seperti yang
dipetik Berita Harian, 13 April 2021.
Tosrin menambah, kertas kerja dalam jawatan kuasa
pembinaan pertama akan dibentangkan pada minggu hadapan dan berharap dapat
membinanya seawal tahun depan.
“Katanya, pembinaan Pusat Astronomi Baitul Hilal itu
dijangka akan dapat disiapkan dalam tempoh lima tahun akan datang dan pembinaan
pusat berkenaan sebagai tanda lambang berkembang syiar Islam di Johor.
“Selain melihat anak bulan sebelum menjelang Ramadan, pusat ini juga berperanan sebagai bahan rujukan pelajar bagi mengkaji astronomi serta pusat sains cakerawala serta menjadi tarikan destinasi pelancongan baru di Johor, seiring dengan lokasi Tanjung Piai yang dikenali sebagai Penghujung Selatan Benua Asia. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters