Alam & Sains 19 Apr, 2020

'PEMBAWAAN BUDAK'!! IBU JADI NENEK KEBAYAN

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

PENGORBANAN seorang isteri dan ibu melahirkan zuriat amatlah besar. Bersabung nyawa saat mahu melahirkan anak. Sebab itu Islam sangat menuntut agar kita menghormati dan menghargai isteri dan ibu. : KitaReporters

Selama sembilan bulan 10 hari seorang wanita akan membawa kandungannya ke mana-mana. 

Malah, selama itu jugalah pelbagai ujian harus dilalui bermula dengan mabuk-mabuk, mengidam dan pelbagai lagi.

Setiap orang, tidak sama ujiannya. Ada yang mudah dan ada yang sebaliknya. Malah ada yang meninggal dunia ketika melahirkan anak.

Perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nor Sahira mengenai ujian atau apa yang disebut oleh orang tua-tua sebagai "pembawaan budak" yang dilalui ketika mengandung patut dijadikan panduan.


Menurutnya, apa yang berlaku ke atas dirinya bukan untuk ditakuti. Jangan takut mengandung kerana setiap orang berbeza ujiannya.


 “Maaf terlalu banyak yang pm (private message) tentang gambar yang saya up dekat story. 

"Saya jawab dekat sini yer. Tak larat nak balas satu satu.

“Muka saya berubah teruk masa mengandung tiga bulan anak ketiga . Muka saya sikit-sikit naik bengkak, sembap, berkedut dan hitam. 

"Awak semua terkejut, saya berlipat kali ganda terkejut.

“Tak pernah pembawakan budak seteruk ini. Masa mengandung, hari-hari stres , nak berdepan dengan orang ramai. Saya cuma mampu senyum, tapi dalam hati  hancur lebur.

“Tapi lepas bersalin, sikit demi sikit semuanya hilang. Bengkak mula surut, hidung besar mula elok, kulit makin cerah. 

"Jangan tanya pakai produk apa. Saya tak pakai apa-apa. Ya, ramai kata terlalu berbeza. 

"Macam orang tua, macam nenek, saya tak boleh menidakkan sebab memang itu yang jadi dekat saya,” ceritanya.

 

Keadaan Nor Sahira ketika mahu melahirkan anak.


Namun, akhirnya ujian 'pembawaan' tersebut berakhir dan wajah Nor Sahira kembali pulih seperti biasa. 

Dia bersyukur kerana mampu melalui ujian tersebut dan mempunyai seorang suami yang sangat prihatin.

“Alhamdulilah. Syukur kehadrat Illahi. Segalanya dah back to normal. Terima kasih pada suami Pendekar Laut yang sentiasa puji saya cantik, walaupun saya tahu sebaliknya. Dia nak sedapkan hati isteri dia,” tulisnya.

Semoga apa yang terjadi pada Nor Sahira tidak membuatkan wanita-wanita di luar sana takut untuk mengandung. Seperti yang telah dijelaskan olehnya, setiap orang berbeza ujiannya. - KitaReporters

0
2
1
1
3
You will be interested