Alam & Sains 23 Apr, 2020

PETRONAS SYNTIUM PERCUMA BAGI FRONTLINERS!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

PETUGAS barisan hadapan yang menggunakan kenderaan untuk berulang alik ke tempat kerja kini tidak perlu risau untuk membuat penyelenggaran kereta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan banyak pusat servis kenderaan ditutup. : KitaReporter


Kredit foto: FB Petronas Brands


Ini kerana PETRONAS Dagangan Bhd (PDB), melalui anak syarikatnya, PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, buat pertama kali mewujudkan bengkel mudah alih di beberapa hospital terpilih untuk memberikan perkhidmatan servis kereta kepada barisan hadapan semasa tempoh PKP ini.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu bukan sahaja mampu memudahkan urusan barisan hadapan untuk mencari perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan tetapi terus kekal selamat di jalan raya.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada program CSR PETRONAS untuk meringankan beban barisan hadapan dalam memerangi COVID-19.

Katanya, perkhidmatan berkenaan ditawarkan di beberapa hospital dan sejak 20 April 2020 dan dimulakan di Hospital Sungai Buloh, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur sehingga 28 April 2020.

 “Dalam tempoh ini, PETRONAS menawarkan pertukaran minyak pelincir PETRONAS Syntium percuma untuk enjin kereta, dilakukan oleh penyedia perkhidmatan yang dilantik, RessQ60min Powered by MyAssist.

“Perkhidmatan lain seperti menukar bateri, minyak atau penapis pendingin hawa dan pengelap juga disediakan yang akan dikenakan bayaran,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.




Terima kasih PETRONAS! Kerana cakna dengan petugas barisan depan.

Menariknya, perkhidmatan yang julung kali ditawarkan itu diperluaskan perkhidmatan yang sama di tiga cawangan AutoExpert di Sri Kembangan, Petaling Jaya dan Shah Alam untuk memberikan perkhidmatan kepada barisan hadapan penjagaan kesihatan yang berada dalam jarak 10 kilometer dari kawasan itu. 

Azrul berkata, PETRONAS menghargai dedikasi dan pengorbanan barisan hadapan dalam tempoh mencabar ini. 

“Kami mahu mereka selamat di jalan raya dan berasa yakin bahawa kereta mereka dijaga dengan baik ketika merawat pesakit,” katanya. - KitaReporter

 

4
3
0
0
0
You will be interested