Alam Canggih 29 Jan, 2021

Cari line internet tak dapat! Faktor geografi, vandalisme, curi kabel dikatakan punca utama?

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Menara telekomunikasi. - Gambar hiasan


Ramai pengguna-pengguna internet terutama di kawasan luar bandar atau pedalaman serta pinggir bandar mengadu berdepan masalah liputan (coverage) dan capaian internet di lokaliti masing-masing.

Di Sabah, seorang ibu Sharifah Sharizah sanggup mendaki sebuah bukit kira-kira 5 kilometer daripada rumah mereka  bersama-sama dua orangnya Mohd Aiman Qusairey Mohd Laison,10, dan Nur Qaireen Mohd Laison, 8, serta seorang anak saudaranya Mohd Amirul Zalizan,12 bagi mengikuti kelas dalam talian setiap hari persekolahan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Internet:

https://kitareporters.com/search?search=internet



Sharifah Sharizah sanggup berkorban demi masa depan pelajaran anak-anaknya  bagi mengikuti kelas dalam talian setiap hari persekolahan di atas bukit di sebuah kampung pendalaman Kudat, Sabah. - Kredit foto FMT. 


Rata-rata penduduk yang tinggal di Kampung Panikun, mukim Matunggong, Kudat di Sabah tidak mendapat liputan serta sambungan internet  dan ‘mudah putus’ disebabkan bentuk geografinya yang terletak jauh di pedalaman serta sering gagal menerima isyarat internet. 

Tahukah anda bahawa ketika ini hanya kurang 20 peratus kawasan berstatus merah atau tiada liputan internet?

Kenapa capaian internet di tempat anda sering mengalami gangguan atau terputus sambungan (connectivity) rangkaian internet?



Keratan akhbar dan media tempatan mendedahkan keluhan golongan pelajar, guru dan ibu bapa terhadap liputan internet di negara ini dikatakan masih ada kawasan yang tidak menerima isyarat internet atas beberapa faktor.


Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memberitahu bahawa antara punca kepada masalah liputan internet yang menghantui kepada pengguna-pengguna adalah disebabkan perbuatan laku musnah atau vandalisme membabitkan gentian optik dan kecurian set generator oleh penjenayah. 

Di samping itu, faktor geografi seperti di kawasan berbukit-bukau turut menjadi penghalang kelancaran penghantaran dan penerimaan signal daripada menara telekomunikasi kepada premis-premis pengguna.

Menyedari hakikat masalah liputan internet di kawasan luar bandar, pihak kerajaan bersetuju melakukan penambahbaikan membina infrastruktur komunikasi bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi (telco) sebagai langkah menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi dan berteknologi yang canggih.



Pada 29 Ogos 2020 ,Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan program Jalinan Digital Negara (JENDELA) melalui dua fasa di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bermula 2021-2025.

Fasa pertama JENDELA akan memperluaskan kawasan liputan jalur lebar mudah alih 4G dari 91.8 peratus kepada 96.9 peratus di kawasan berpenduduk.

Selain itu, kerajaan juga akan mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih(telefon bimbit) daripada 25Mbps kepada 35Mbps sejajar dengan kehadiran rangkaian 5G akan datang.

Manakala fasa kedua pula membabitkan peralihan kepada teknologi 5G bagi memantapkan lagi rangkaian 4G yang sedia ada selepas perkhidmatan 3G  akan ditamatkan pada hujung tahun 2021.

Sebanyak 2,360 menara komunikasi telah siap dibina sehingga Jun 2020 di seluruh negara dan hanya 280 menara lagi masih dalam peringkat pembinaan.

Sebanyak 423 menara baharu bakal dibina dan 2,221 alat pemancar sedia ada akan dinaik taraf kepada teknologi 4G bermula tahun 2021 sehingga 2022.



Merujuk laporan Global index 2020 tahap kelajuan internet (Speedtest) jalur lebar (broadband) talian tetap bagi negara-negara ASEAN menunjukkan Malaysia menduduki tempat ketiga dengan kadar purata muat turun internet sebanyak 93.67 Megabit sesaat (Mbps) berbanding Thailand menduduki tangga pertama (308.35 Mbps) dan diikuti Singapura 245.31 Mbps (kedua).

Manakala bagi pengguna-pengguna telefon bimbit atau pintar (mudah alih), Malaysia berada tangga ketujuh dengan kadar kelajuan 25.6 Mbps berbanding Singapura 66.82 Mbps (pertama), Thailand (51.75 Mbps), Vietanam (34.51 Mbps), Laos (28.28 Mbps) dan Myanmar (26.08 Mbps). 

Pada 18 Mac 2020, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan pengguna internet seluruh negara meningkat sebanyak 23.5 peratus pada minggu pertama PKP.

Kelajuan muat turun 4G Malaysia secara purata menurun daripada 13.4 Megabit sesaat (Mbps) tahap normal kepada 8.8 Mbps pada awal Februari tahun 2020 lalu. - KitaReporters


Sebuah karikatur mengenai pelajar sedang PdPR dan penduduk melakukan 'shopping on (tree)' ... - Kredit foto: FB Kenon Sabah


Sumber:

https://www.soyacincau.com/2021/01/22/speedtest-asean-malaysia-mobile-fixed-broadband-speed/

https://www.msn.com/en-my/news/national/sabah-family-e2-80-99s-daily-uphill-struggle-to-go-online/ar-BB1d3xMh

https://www.imoney.my/broadband

1
0
0
0
0
You will be interested

Video| Untungnya rakyat China! Naik teksi tanpa pemandu! Perkhidmatan Robotaxi pertama di dunia!

Syarikat pemilikan kenderaan pemanduan autonomi terbesar di China, Baidu dan Pony.ai, syarikat pemanduan autonomi dapat permit sulung untuk kendalikan Robotaxi

Video| Ada beran? Jom seberangi jambatan terpanjang di dunia! Sky Bridge 712 terima pengunjung!

Republik Czech buka jambatan dikenali Sky Bridge 721 yang punyai jarak sepanjang 721m dan tergantung di udara pada ketinggian 95m di atas sebuah kawasan lembah
Zuhayati Yazid in Alam Canggih 5 days ago

Doktor rancang nak buat pemindahan rahim! Bagi peluang golongan transgender pengalaman mengandung!

Seorang pakar bedah di New Delhi rancang untuk pindahkan rahim kepada seorang lelaki jalani pembedahan wanita transgender supaya dapat rasai nikmat kehamilan
Zuhayati Yazid in Alam Canggih 1 week ago

Tenun Pahang Diraja: Sudah terbang tinggi, terbang jauh! Tarik perhatian kerabat diraja Britain!

Puteri Diraja Britain, Puteri Anne dan Duchess of Gloucester, Duchess Birgitte berkenan lawat Pameran Tenun Pahang Diraja yang diadakan julung kalinya di London
Mohamed Sa'ari in Alam Canggih 1 week ago

Kesiannya! Ribuan burung jatuh 'dari langit' kerana kelesuan! Gelombang suhu panas jejas kehidupan!

Suhu panas di Gujarat, India memaksa pasukan penyelamat bertungkus-lumus kutip ratusan ekor burung setiap hari yang tewas akibat terkesan gelombang panas haba
Zuhayati Yazid in Alam Canggih 1 week ago