Alam & Sains 25 May, 2021

Berita Terkini| Dia hospital hibrid dibuka di Negeri Sembilan! Katil hospital Covid-19 penuh!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

HOSPITAL Jelebu dijadikan hospital hibrid berikutan dua hospital di negeri ini yang digunakan bagi merawat pesakit Covid-19 penuh. - Kredit Facebook Hospital Jelebu


DUA buah hospital hibrid iaitu Hospital Jempol dan Hospital Jelebu telah dibuka untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Negeri Sembilan berikutan penggunaan katil di dua buah hospital Covid-19 sedia ada sudah penuh.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, langkah berkenaan diambil bagi menampung bilangan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dan Hospital Tampin.

“Katil di HTJ dan Hospital Tampin penuh dan kita terpaksa tambah lagi dua tempat iaitu hospital hibrid untuk pesakit Covid-19 iaitu sebanyak 42 katil tambahan di Hospital Jelebu dan 74 buah katil di Hospital Jempol.

 “Saya harap dan menyeru kepada masyarakat supaya jaga kesihatan, kita tidak mahu tambah lagi jumlah katil, cukuplah,” katanya seperti dipetik oleh Kosmo pada Selasa, 25 Mei 2021.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, kerajaan negeri kini merancang untuk membuka sebuah lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) baharu sekiranya bilangan kes pesakit Covid-19 terus menunjukkan peningkatan.

PKRC tersebut akan dibuka di Kolej Kejururawatan Kuala Pilah dan kemudahan berkenaan mampu menempatkan kira-kira 800 pesakit bagi tujuan kuarantin dan rawatan.

“Sekiranya keadaan memerlukan, kerajaan negeri juga akan memohon supaya sebuah Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diwujudkan di negeri ini.

“Kapasiti katil, kita ada 832 buah katil di hospital dan di PKRC iaitu di Politeknik Port Dickson kita ada 900 katil ini. Penggunaan sekarang adalah sebanyak 1,137 katil dengan kekosongan sebanyak 595 buah katil yang kalau boleh tidak perlu diisi. –KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
1
0
0
You will be interested