Alam & Sains 01 Jun, 2021

Berita Terkini| Penjawat awam juga sumbang gaji! Solidariti terhadap kerajaan perangi Covid-19!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

SOLIDARITI... penjawat awam akan menyumbang sebahagian gaji selama tiga bulan bagi tunjukkan sokongan  kepada usaha membasmi Covid-19


PENJAWAT awam bakal menyumbangkan sebahagian daripada gaji selama tiga bulan bagi menunjukkan solidariti dan sokongan terhadap usaha kerajaan memerangi pandemik Covid-19 di dalam negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, inisiatif tersebut akan melibatkan pengurusan tertinggi bagi penjawat awam Gred 29 hingga Gred 41 dan Gred 44 hingga Gred 56.

Sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi pengurusan tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56, serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 41 akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.

“Sumbangan daripada lebih 800,000 penjawat awam tidak termasuk frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28 adalah dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya pada Selasa, 1 Jun 2021.


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, inisiatif tersebut akan melibatkan pengurusan tertinggi penjawat awam


Mohd Zuki berkata, kadar sumbangan elaun ITK bagi Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) A ke atas adalah sebanyak 50 peratus diikuti Jusa B (20 peratus), Jusa C (10 peratus) dan Gred 44 hingga 56 (lima peratus).

“Kadar sumbangan elaun ITKA daripada penjawat awam Gred 29 hingga 41 pula adalah sebanyak RM10,”ujarnya.

Semalam, Isnin 31 Mei 2021, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan menteri dan timbalan menteri dalam kabinetnya bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun ini sebagai tanda sokongan terhadap pembiayaan perbelanjaan berkaitan Covid-19. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


 

0
3
0
0
0
You will be interested