KERANA sikap degil rakyat tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka bantuan anggota tentera telah dikerahkan untuk membantu anggota polis melaksana serta menguatkuasakan perintah berkenaan. Kini, peratus pematuhan PKP dilaporkan mencapai tahap hampir 95%. Tahniah kepada PDRM dan ATM!! : KitaReporters
Kredit foto: FB Markas Angkatan Tentera Malaysia (https://www.facebook.com/pagemkatm/)
Sehubungan itu, kolaborasi penguatkuasaan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu melancarkan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020 adalah disifatkan wajar.
Keengganan rakyat akur dengan arahan pengisytiharaan kerajaan untuk berkurung di rumah menyebabkan bantuan kerjasama ATM dan PDRM sangat diperlukan, seperti yang termaktub di dalam Akta Keselamatan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1955.
Menurut Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berharap rakyat dapat memahami sebaiknya bahawa PKP yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilaksanakan atas pertimbangan sewajarnya demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Langkah-langkah yang perlu disambut baik oleh pelbagai pihak ini merupakan kaedah terbaik bagi memutuskan rangkaian wabak COVID-19 daripada terus merebak secara semberono.
Bilangan angka kematian di Malaysia yang mencecah kepada 10 orang, manakala jumlah yang disahkan positif telah meningkat kepada lebih 1,300 kes adalah sesuatu yang serius dan membimbangkan dan perlu ke arah tahap pengawalan yang lebih cakna serta ketat.
"Keputusan untuk melibatkan Angkatan Tentera Malaysia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia adalah suatu pelaksanaan yang wajar agar PKP ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
"Peranan ATM yang diberitahu oleh Menteri Pertahanan adalah seperti mengadakan rondaan, membantu dalam membuat sekatan jalan raya, mengawal hospital dan sempadan, kawasan luar bandar dan kawasan awam yang berisiko tinggi", jelasnya.
Tambah Jeneral Affendi pelaksanaan kolaborasi ATM dan PDRM tidak perlu dipertikaikan kerana dua badan itu perlu bertindak segera dalam apa jua cara dalam menangani wabak ini.
Walaupun tahap kerjasama ini dilihat pada tahap yang cemerlang, semua pihak seharusnya perlu lebih bertanggunjawab untuk mengawal COVID-19 dan tidak memandangnya secara mudah atau enteng.
"Kita tak boleh memandang enteng dengan anggaran baki 10 peratus yang masih lagi ingkar.
"Peratusan tersebut melibatkan kira-kira 3 juta orang dan ia merupakan satu jumlah yang tinggi. Kegagalan bukanlah suatu pilihan di dalam ATM.
"Kerjasama ATM membantu sifat berdisplin dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mematuhi sebarang perintah dan arahan yang sah yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa", ujat Affendi.
Kredit foto: FB Markas Angkatan Tentera Malaysia