JIKA sebelum ini, kita hanya menonton wayang di pusat beli belah bagi menonton filem pilihan. Kini ada berita baik kepada peminat atau kaki wayang dengan konsep baharu tanpa perlu berdepan orang lain lagi, selain tak payah ‘bertapak’ ke kompleks beli belah semata-mata
mahu menontong wayang. : KitaReporters.
TAK SABAR... wayang drive-in akan beroperasi tidak lama lagi. Foto kredit Instagram @mjunction2020
Kini rakyat Malaysia boleh melakukan semua itu kerana kita bakal dihidang dengan wayang ‘drive-in’ atau wayang pandu lalu, seperti yang telah lama
beroperasi di luar negara.
TAWARAN menarik sempena pelancaran wayang drive -in di negara ini tidak lama lagi.
Dengan skrin gergasi di sebuah kawasan lapang,
penonton kini hanya perlu parkir kereta secara teratur seperti yang ditetapkan dan boleh
menonton tanpa keluar dari kenderaan.
Wow…menarik nii! Tak sabar rasanya...
WAYANG drive-in yang beroperasi di Korea ini dilakukan di kawasan lapang dengan skrin gergasi tanpa perlu penonton keluar dari kenderaan masing-masing. - Kredit foto: Time Out
Pasti selesa kan? Nak bersila ke, berguling ke, dalam kereta
pun tak de yang kisah.
Berita pelancaran tersebut diumumkan menerusi Instagram
rasmi @mjunction2020 beberapa hari lalu dan merupakan program di bawah anjuran TwoSpicy
Entertainment Live dan MD Events Asia.
Walaupun tidak diumumkan lagi lokasi dan tarikh
beroperasi untuk wayang ‘drive–in’, namun berita tersebut ternyata memberi keseronokan berganda kepada peminat wayang.
Lebih menariknya, idea berkenaan dilihat sangat sesuai dalam
keadaan Malaysia kini masih pada tahap berjaga-jaga dengan wabak COVID-19.
Dengan adanya wayang secara ‘drive-in’ ini, bolehlah
peminat menonton filem-filem kegemaran mereka tanpa rasa risau lagi.
Bagi kaki wayang pula, selepas ini lebih bervariasilah
pilihan tontonan anda!!!
Oleh itu, untuk anda yang kaki wayang jangan lupa untuk dapatkan tiket sekarang dan selamat merasai pengalaman menonton wayang versi ‘drive-in’ sama seperti di luar negara! Jangan lupa yerrr. - KitaReporters