Alam Canggih 08 Apr, 2022

Video| Penjelasan KPDNHEP Terengganu! Video tular peniaga ayam dikompaun RM500! Cerita sebenarnya!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Penguat kuasa KPDNHEP Terengganu turun padang memantau aktiviti peniaga menjual ayam di seluruh negeri itu.


KEMENTERIAN  Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengambil maklum video yang tular dalam media sosial yang memaparkan seorang peniaga ayam di Pasar Cabang Tiga, Kuala Terengganu yang dikenakan tindakan kompaun RM500 oleh pegawai penguat kuasa agensi itu.

Video dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook "Wali Ridzuan". Video yang berdurasi 1 minit 37 saat itu memaparkan kejadian seorang peniaga ayam yang dikenakan tindakan kompaun mendapat perhatian ramai netizen.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hal-ehwal KPDNHEP



Kejadian tersebut berlaku pada 7 April 2022  jam 10 pagi di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Semasa kejadian seramai sebelas orang peniaga yang menjual ayam standard terdiri daripada sepuluh orang peruncit dan seorang pemborong telah dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM500 seorang kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 iaitu menjual barangan harga terkawal (ayam standard) melebihi harga maksimum yang ditetapkan.


Saharuddin Mohd Kia


Pengarah KPDNHEP Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata, meskipun harga yang dipaparkan menepati harga kawalan iaitu RM8.90, tetapi harga timbangan yang dijual kepada pengguna melebihi harga kawalan tersebut iaitu antara RM9.30 hingga RM10.00 sekilogram.

Katanya, peniaga juga gagal mengemukakan bukti pembelian ayam standard sebanyak RM8.70 sekilogram daripada pembekal, sebagaimana didakwa, apabila diminta dan ini menyukarkan tindakan diambil ke atas pembekal atau pemborong.


Saharuddin turut padang memantau harga barangan di premes bazar Ramadan


Nilai kompaun segera yang dikenakan pula adalah merupakan nilai minimum yang ditetapkan bergantung kepada jenis kesalahan dan kategori sama ada individu atau syarikat,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis, 7 April 2022.

Menurutnya, bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, peniaga individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.


Saharuddin pada sidang media mengenai OP Pantau sempena Ramadan di seluruh Terengganu


Katanya, kompaun RM500 adalah paling minimum berbanding pelbagai kesalahan yang mereka lakukan.

"Mereka mengelirukan pengguna dengan mempamerkan harga maksimum ditetapkan iaitu RM8.90 sekilogram, tetapi menjualnya melebihi harga ditetapkan, kita tidak mahu ada penipuan terhadap pengguna,” katanya.

Beliau berkata, tindakan dikenakan ke atas peniaga ayam selepas KPDNHEP negeri menerima aduan daripada orang ramai yang kecewa dengan harga yang mengelirukan.


Penguatkuasa KPDNHEP Terengganu melancarkan OP Pantau Harga sempena Ramadan


Dalam masa yang sama Saharuddin turut menafikan pihaknya hanya mengenakan tindakan kepada peniaga dan membiarkan pemborong bermaharajalela melakukan kesalahan.

"Sebagai contoh dalam Ops Pantau bermula 3 hingga 7 April kita turut kenakan tindakan kepada satu pemborong," tegasnya. - KitaReporters


 

 

 

 

 

17
15
6
28
11
You will be interested

Exit: Wujud Tapi Tiada! Terokai alam misteri yang cuba berhubung dengan manusia! Alam multiverse!

Percayakah anda pada teori multiverse iaitu ada banyak alam yang sebenarnya wujud di sekeliling alam yang kita huni. Nak tahu kena baca Exit: Wujud Tapi Tiada

Video| 25 Jun: Hari Pelaut Sedunia 2022! Kerjaya sebagai pelaut dianggap sepi dan tidak dihargai?

Setiap tahun tanggal 25 Jun, golongan pelaut atau seafarer diraikan dengan sambutan Hari Pelaut Sedunia. IMO tetapkan pada 25 Jun 2011 sebagai sambutan pertama
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 1 day ago

Nak jumpa Mek Suria? Kerangka ikan yu paus? Jom ke Hari Peladang, Penternak, Nelayan Terengganu!

Gajah bernama Mek Suria, kerangka ikan yu paus sepanjang 18m jadi daya tarikan pengunjung sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu 2022
Mohammad Ishak in Alam Canggih 2 days ago

Berita baik untuk usahawan! Alibaba lancar edisi baharu Program Latihan Netpreneur di Malaysia!

Alibaba Global Initiatives (AGI) lancar edisi baharu program Latihan Netpreneur Alibaba di Malaysia dengan sokongan MDEC dan MATRADE pada 12 Julai-16 Ogos 2022
Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago

Keluarga Malaysia: Terima kasih Mr DIY! Sokong Program Pemerkasaan Komputer MACO! Untuk sekolah!

Mr DIY (M) Berhad telah beri sokongan kepada Program Pemerkasaan Komputer (CEO) MACO dengan baik pulih 110 set komputer untuk makmal komputer di sekolah-sekolah
Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago