Alam Canggih 17 May, 2021

COVID-19: 12 kematian direkodkan di Besut! Angka tertinggi di Terengganu! Jumlah kematian 20!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Penduduk RAKR Pelagat 3, Jertih menunggu giliran untuk menjalani saringan COVID-19


KES kematian akibat COVID-19 di daerah Besut, Terengganu terus meningkat apabila merekodkan sebanyak 12 kes iaitu paling banyak di negeri ini berbanding daerah lain sejak penularan pandemik COVID-19 di negara ini pada awal 2020.

Terbaharu, dua lagi kematian akibat COVID-19 yang berlaku pada 12 Mei 2021 dan 14 Mei 2021 apabila dua kematian tersebut dalam kalangan kes daerah Besut menjadikan jumlah kematian COVID-19 di Terengganu sebanyak 20 kes.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Besut



Kes kematian ke-19 adalah Kes 4614 yang merupakan wanita berumur 55 tahun dari Kampung Gong Bayor, Besut, dengan sejarah darah tinggi. Kes dikesan positif pada 5 Mei 2021 melalui saringan kontak rapat kepada anak beliau dari Kluster Tok Has.

Kes tidak mengalami sebarang gejala dan dikategorikan sebagai kes Kategori 1. 

Pada 12 Mei 2021, wanita berkenaan mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri. Rawatan kecemasan telah diberikan di Hospital Besut namun pesakit disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.

Manakala, kes kematian ke-20 adalah Kes 5526 yang merupakan lelaki berumur 51 tahun, dari Hulu Besut, dengan sejarah penyakit kencing manis. Mangsa hadir ke Hospital Besut pada 14 Mei 2021 setelah mengalami batuk dan sesak nafas selama seminggu.

Semasa ketibaan di Hospital Besut, kes mengalami kemerosotan fungsi pernafasan yang serius dan segera diberikan alat bantuan pernafasan serta dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu  untuk rawatan lanjut. Walau bagaimanapun, pesakit menghembuskan nafas terakhir pada 14 Mei 2021.



Kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berkata, kebanyakan kes kematian di Besut hadir bagi mendapatkan rawatan agak lewat dan dalam keadaan yang teruk.

Katanya, ada yang telah mengalami gejala selama lima hingga tujuh hari baru datang mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Bila hadir dalam keadaan teruk dan ditambah lagi dengan penyakit komorbiditi (comorbidities atau dua atau tiga penyakit serius) sedia ada, proses rawatan menjadi agak sukar.

“Kami merayu kepada penduduk di daerah Besut agar sentiasa memantau kesihatan diri dan keluarga masing-masing. 

"Sekiranya bergejala, segeralah hadir ke klinik kesihatan berhampiran atau hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," kata kenyataan tersebut menerusi akaun Facebook JKNT.



Menurut kenyataan itu lagi, dalam keadaan penularan COVID-19 yang meluas di Besut sekarang ini, semua kes jangkitan saluran pernafasan hendaklah disyaki sebagai COVID-19 sehinggalah pemeriksaan menyatakan sebaliknya.

“Hasil siasatan oleh pasukan kami di lapangan, penularan jangkitan di Besut terutama boleh berlaku melalui pelbagai cara,” tambah kenyataan itu.


Anggota Tentera memasang kawat duri di perumahan RAKR Pelagat 3, Jertih berikutan pelaksanaan PKPD


Sementara itu, pada 16 Mei 2021, JKNT telah merekodkan pertambahan 60 kes discaj, 58 kes baharu COVID-19 dan dua kes kematian menjadikan terdapat 871 kes COVID-19 aktif di Negeri Terengganu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,584 kes. 

860 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa, manakala 11 kes menerima rawatan di ICU HSNZ dan sembilan daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di daerah Besut, penduduk di kawasan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat 3, Jertih, kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula 14 hingga 27 Mei 2021. - KitaReporters


Pasukan keselamatan membuat pemantauan di perumahan RAKR Pelagat 3, Jertih berikutan pelaksanaan PKPD

4
6
10
6
4
You will be interested

Keluarga Malaysia akan terus dapat akses kepada bekalan tenaga yang terjamin! Pada harga mampu bayar!

Kerajaan terus bersikap prihatin dan beri jaminan bahawa Keluarga Malaysia akan terus dapat akses kepada bekalan tenaga yang terjamin pada harga mampu bayar -PM

Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago

Kolaborasi Yayasan Tuanku Nur Zahirah - UniSZA! Sempena Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8!

UniSZA mereka bentuk dan membangunkan pintu gerbang khas yang ambil inspirasi daripada budaya Terengganu bersama Yayasan Tuanku Nur Zahirah di reruai pameran
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 day ago

Video| Tak kelakar pun! Monyet tarik rambut anak! Kalau kena kokak kepala anak, susah hidup nanti!

Video seorang kanak-kanak yang dekati seekor monyet liar tapi rambutnya ditarik. Nasib baik dapat diselamatkan dan tak alami sebarang kecedeaan sepeti digigit
Nur Syamila Kamarul Arefin in Alam Canggih 1 day ago

3 lebuh raya negara paling tinggi dan gayat! Kaki selfie kecewa! Dilarang berhenti, ambil gambar!

Lebuh raya pun boleh jadi viral atau tular dalam kalangan warga maya. Apa tidaknya sebab panorama atau pemandangannya yang cantik dan indah (alam semula jadi)
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 3 days ago

Jom ramai-ramai undi! SK Kempadang, Kuantan tersenarai finalis! Anugerah Sekolah Terbaik Dunia!

SK Kempadang, Kuantan tercalon sebagai 3 finalis Anugerah Sekolah Terbaik Dunia bagi kategori inovasi untuk rebut hadiah berjumlah RM229,000 (AS$50,000) tunai
Nur Ain Darwishah in Alam Canggih 3 days ago