Alam & Sains 07 May, 2021

Berita Terkini| Lawatan keluarga di PUSPEN dibenarkan sempena Aidilfitri! 4 hari mulai 13 Mei

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

BEBERAPA ketetapan yang perlu dipatuhi dalam sesi lawatan keluarga klien di semua Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) ini. - Kredit foto: Ihsan AADK


AGENSI Antidadah Kebangsaan (AADK) membenarkan sesi lawatan keluarga klien di semua Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2021 selama empat hari bermula 13 hingga 16 Mei 2021 ini.

Sesi lawatan itu bagi memberi ruang dan peluang kepada keluarga serta klien meraikan Syawal bersama-sama.

"Jadi dengan adanya sesi lawatan ini ia secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara AADK dengan masyarakat.

“Sesi lawatan ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP),” katanya menerusi kenyataan media pada Jumaat, 7 Mei 2021.

Dalam pada itu, AADK menjelaskan  terdapat beberapa ketetapan yang perlu dipatuhi dalam sesi lawatan keluarga klien di semua PUSPEN ini. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested