DUNIA kini semakin maju dengan kemunculan teknologi jaringan 5G yang mampu memproses data dengan pantas berkelajuan 20Gbps berbanding teknologi sebelumnya. Ini secara tidak langsung akan membantu beberapa industri penting seperti dalam Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) robotik dan automasi. : KitaReporters
Kereta robotik berkeupayaan teknologi 5G digunakan untuk memantau wabak penyakit Covid-19 di kampus Institut Teknologi Beijing, China. - Kredit foto: NEWS CN
China kini sedang membangunkan teknologi robotik menggunakan teknologi 5G di tengah-tengah pandemik penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19, sekali gus bakal memberi manafaat kepada masyarakat dunia.
Dengan terciptanya kereta robotik 5G sebagai sebahagian daripada produk siri KuGaea Kun dengan dokongan teknologi kecerdasan buatan (AI) tanpa pemandu serta dilengkapi kamera 360 darjah di atas bumbung, sedikit sebanyak akan memberi beberapa kemudahan terutama berdepan kes seperti jangkitan wabak Covid-19.
Ia boleh melakukan kerja-kerja saringan seperti mengimbas muka, memeriksa suhu badan, mendiagnos gejala penyakit Covid-19 serta mengumpul data berkaitan.
Institut Teknologi Beijing telah dikerahkan mengunakan kereta robotik 5G ini bagi membendung penularan wabak “Wuhan” merebak dalam kalangan warga kampusnya.
Sebelum ini, kenderaan tersebut digunakan untuk membuat penghantaran barangan kecil seperti perkakasan dan peralatan telekomunikasi dari satu lokasi kepada satu lokasi di sekitar kampus institut berkenaan.
Ia dilengkapi dengan 4 pintu loker (kotak) yang dipasang pada kereta itu supaya orang ramai boleh mengambil barangan mereka dan dikawal oleh operator kawalan dari jarak jauh.
Kereta KuGaea Kun ini turut digunakan oleh pihak Pengawal Keselamatan untuk melaksanakan tugasan imbasan wajah dan pemeriksaan keluar masuk orang ramai atau pelajar-pelajarnya di dalam kampus tanpa perlu mendekati mereka, sekali gus mengamalkan jarak sosial.
Pengawal Keselamatan akan juga dapat melihat atau mengecam wajah seseorang melalui output kamera (hasil rakaman) dan mengumpul maklumat dari kereta tersebut dalam masa nyata (real time).
Segala maklumat boleh diakses sama ada pada skrin belakang kereta robotik ini atau terus melalui pangkalan data di Pusat Kawalan Keselamatan institut itu.
Petugas keselamatan meneliti maklumat yang diperolehi daripada imbasan imej yang dirakamkan oleh kamera pada kereta robotic 5G. - Kredit foto: NEWS CN
Kereta robotik 5G yang kecil dan comel ini dibangunkan oleh sebuah syarikat pengeluar dron dan kereta tanpa pemandu menggunakan teknologi terkini di Beijing,China serta mendapat persijilan dari syarikat Baidu Appolo.
Akan datang, penduduk dunia akan dipaksa tinggal di dalam rumah sahaja tanpa perlu keluar kerana semua kerja manusia boleh dilakukan oleh robot, lebih-lebih lagi jika berlaku sekali lagi penularan wabak penyakit berjangkit seperti sekarang ini. - KitaReporters
Di belakang kereta robotik 5g ini terdapat paparan skrin maklumat mengenai rakaman imej orang ramai yang berada di sekitar kampus Institut Teknologi Beijing,China.
Kereta robotik 5G siri KuGaea Kun dibangunkan oleh sebuah syarikat pengeluar dron dan kereta tanpa pemandu di Beijing, China. - Kredit foto: NEWS CN