Alam & Sains 11 Jan, 2022

Video| Varian Omicron: 8 individu di Terengganu dijangkiti! Wanita pulang umrah, pesakit pertama!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


SEORANG wanita dari daerah Kuala Nerus menjadi individu pertama di Terengganu dikesan telah dijangkiti Covid-19 daripada varian Omicron.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong berkata jangkitan direkodkan selepas wanita berkenaan pulang daripada mengerjakan umrah, baru-baru ini. 

Katanya, kes pertama varian itu dikesan selepas pengesahan dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi ujian saringan PCR yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap wanita terbabit dan disahkan positif Covid-19 varian Omicron serta menjalani isolasi (kuarantin) di rumah. 


Lagi cerita-cerita berkaitan varian Covid-19


DR KASEMANI EMBONG



Menurut Dr Kasemani, hingga 9 Januari 2022 sebanyak lapan kes varian Omicron dikesan di negeri Terengganu membabitkan individu yang baru pulang dari Arab Saudi selepas mengerjakan umrah.

Beliau berkata kesemua individu berkenaan dikesan melalui ujian saringan reaksi rantai polimerase (PCR) di Pintu Masuk Antarabangsa yang dijalankan selepas ketibaan mereka.

"Daripada jumlah tersebut, masing-masing dua kes direkodkan bagi daerah Dungun, Kuala Terengganu serta Besut dan satu kes di Kemaman serta Kuala Nerus.  

“Mereka yang dijangkiti Covid-19 varian Omicron berada bergejala ringan iaitu kategori satu dan dua sahaja serta telah menerima  vaksin lengkap. 

"Setakat ini tidak berlaku kluster dan perebakan dalam kalangan ahli keluarga,” katanya kepada media di Kuala Terengganu pada Isnin, 10 Januari 2022.


GAMBAR hiasan... Kes pertama melibatkan varian Omicron di Terengganu dikesan melibatkan seorang jemaah wanita yang baharu pulang mengerjakan umrah. - Kredit foto: Agensi


Tambah beliau, kes pertama varian tersebut direkodkan pada 15 Disember 2021 membabitkan seorang jemaah wanita dari Kuala Nerus yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah (HSO).

Katanya, mereka ini dikategorikan pesakit tahap 1 dan 2 dengan kesemua mereka sudah melengkapkan suntikan Covid-19.

Dr Kasemani turut memaklumkan kesemua kes ini tidak merebak dalam kalangan ahli keluarga atau komuniti memandangkan mereka terlebih dahulu menjalani kuarantin sebaik pulang daripada umrah.

"Bagaimanapun, kita sekarang berada pada fasa di mana terdapat peningkatan kes dalam kalangan jemaah umrah dan kes dijangkiti Omicron, namun di Terengganu ia masih terkawal," ujarnya. - KitaReporters


8
13
1
13
1
You will be interested