Sempena pelancaran produk keduanya, ‘Birdnest Facial Radianceby PNA' (BNFR), syarikat PNA Legacy Sdn Bhd yang diusahakan oleh pasangan suami isteri muda, Mazrulhisyam Muhammad, 34, serta isteri, Nadya Abdullah, 26, turut memperkenalkan lagu ‘jingle’ dan video muzik produk berjudul “Yakinlah by BNE" nyanyian penyanyi terkenal Datin Alyah. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan perniagaan:
https://kitareporters.com/search?search=perniagaan
Nyanyian lagu tersebut dipersembahkan oleh Alyah dalam satu majlis penuh glam bertemakan ‘Glamorous Fairytale’ yang disaksikan kira-kira 220 ahli PNA di Hotel Concorde pada semalam, Ahad 9 Ogos 2020.
Klip video berdurasi 3 minit itu dihasilkan sebagai inspirasi kepada Skuad PNA dan orang ramai agar tidak mudah putus asa dalam usaha mendapatkan kehidupan menjadi lebih baik.
Gambar kredit: nokomen.com.
“Klip video ni memang cerita sebenar bagaimana jatuh bangun kami bersama-sama demi sesuap nasi. Nak beli susu anak, pampers anak memang sangat sukar masa tu. Kami buat macam-macam dan alhamdulillah, Allah dengar doa kami.
“Akhirnya berkat kesabaran dan usaha, kami dapat apa yang tidak pernah terjangkau pun dek fikiran,” ujar Nadya mengulas mengenai klip video yang menyaksikan lakonan semula mereka berdua sebelum bergelar usahawan.
Mana tidaknya, dalam tempoh 6 bulan, jualan keseluruhan perniagaan PNA Legacy mencecah RM80 juta malah mampu pula berkongsi rezeki melahirkan beberapa lagi usahawan lain sebagai jutawan.
“Melalui pengeluaran produk terbaharu ini, kami berjaya menjual sebanyak 450,000 unit meskipun baharu sahaja dilancarkan.” syukuri ibu muda kepada 3 orang anak berusia di antara 2 hingga 6 tahun ini.
Korang mesti nak tahu kan apa istimewanya BNFR sehingga mampu memikat hati ramai pengguna?
Direka dalam tiub, BNFR berfungsi 2 dalam 1 sebagai pencuci muka dan pencuci 'make up' bagi membantu pengguna membersihkan kulit dari dalam seraya menanggalkan make up dengan mudah.
Selain itu, ia mencegah dan mampu mengatasi masalah jerawat, sekali gus mencerahkan kulit wajah serta membantu mengurangkan jeragat waima menghaluskan kulit.
“Produk ini juga boleh mengangkat sel kulit mati, mengurangkan radang kulit, meningkatkan daya penyembuhan kulit, bertindak sebagai antiseptik, mengatasi kulit berminyak dan mengurangkan risiko kulit sensitif,” jelas Nadya.
Wah! banyak kebaikan yang diberikan dalam satu tiub kandungan 50 ml berharga mampu milik RM20 sahaja ini kan?
Patutlah ramai pengguna menggemarinya mengakibatkan jualan perniagaan syarikat ini laris bagaikan goreng pisang panas almaklum ia mengandungi bahan sarang burung walit yang memang terkenal berkualiti dan baik untuk kulit.
Salah seorang daripada 'leader' PNA Legacy menerima cenderahatinya berupa bag tangan berjenama.Mahu berkongsi rezeki dengan mereka yang hendak mengubah nasib masing-masing, terutama suri rumah, PNA mengajak sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada skuad PNA bagi menjana pendapatan.
“Setiap individu berpeluang menjadi usahawan dengan modal hanya serendah RM75 sahaja,” ujar Nadya yang rasa puas serta gembira apabila dapat berkongsi pendapatan dengan melahirkan ramai jutawan dalam kalangan peniaga tempatan.
Tidak syak lagi, majlis malam yang bertemakan ‘Glamorous Fairytale’ itu menyaksikan sebahagian besar daripada para tamu yang hadir berpakaian ala gaun pengantin bagaikan puteri kayangan gaya masing-masing, malah skuad PNA yang memperoleh jualan tertinggi dihargai dengan pemberian cenderahati berupa bag tangan berjenama.
Bukan itu sahaja, bahkan 30 para tamu lain yang dihiburkan dengan lawak spontan pasangan pengacara sensasi, Syuk Sahar serta Elly Mazlein turut menerima hadiah lumayan daripada cabutan bertuah yang disediakan.
Hebat anak Melayu kita kan? - KitaReporters