Alam Canggih 25 Jul, 2021

Program Outreach Vaksinasi KETENGAH! 500 terima vaksin COVID-19 di atas Houseboat di Tasik Kenyir

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Empat buah Houseboat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19.


HOUSEBOAT (rumah bot) yang biasa digunakan untuk membawa pelancong beriadah di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu ketika negara belum dilanda pandemik COVID-19 kini  bertukar status apabila kemudahan tersebut digunakan untuk Program Outreach Vaksinasi.

Program anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Terengganu menarik perhatian apabila empat buah rumah bot dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV) kepada penerima vaksin terbabit.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan rumah bot

Sebahagian penerima menunggu giliran di bawah khemah untuk mendapatkan suntikan  vaksin di atas Houseboat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu


Seramai 500 penerima vaksin dalam sektor pelancongan termasuk 200 penduduk sekitar Tasik Kenyir, Hulu Terengganu menerima dos pertama menerusi program yang agak unik yang berlangsung di pangkalan Sungai Gawi, Tasik Kenyir pada Khamis 22 Julai 2021.

Menerusi program kolaborasi pelbagai jabatan dan agensi kerajaan itu, ia memberi peluang lebih mudah  kepada penggiat industri pelancongan dan penduduk setempat mendapatkan pemberian vaksin.


Ariffin Deraman


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata pemberian vaksin kepada kumpulan itu dilihat dapat membantu memulih dan merancakkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk.

Katanya, langkah itu juga membantu meningkatkan keyakinan pelancong untuk bercuti dan mendapatkan perkhidmatan ditawarkan pemain-pemain industri pelancongan di Tasik Kenyir.

"Tasik Kenyir merupakan salah satu produk pelancongan yang sangat popular di Terengganu, dan sekiranya berjaya mencapai status imuniti kelompok, maka ia dapat merancakkan kembali sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19," katanya pada program tersebut.

Turut hadir, Ahli Parlimen Hulu Terengganu merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Datuk Razali Idris.


Rosol Wahid beramah mesra dengan penerima vaksin di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.


Ariffin berkata,  seramai 5,000 pemain industri pelancongan di pulau-pulau utama di Terengganu akan selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang akhir Ogos 2021.

“ia sebagai persediaan menyambut kehadiran pelancong apabila sektor pelancongan dibenarkan beroperasi kelak,” katanya.


Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia memasukkan data penerima vaksin di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu


Menurutnya, program pemberian vaksin membabitkan penggiat pelancongan di pulau-pulau sudah dimulakan di Pulau Kapas, Marang pada minggu lepas dan diteruskan di Tasik Kenyir, Pulau Redang di Kuala Nerus, Pulau Perhentian di Besut dan Pulau Tenggol di Dungun.

Ariffin berkata, pemberian vaksin merupakan usaha kerajaan negeri dalam memastikan Tasik Kenyir dan pulau-pulau peranginan lain di negeri ini mencapai status imuniti kelompok, sekali gus meningkatkan keyakinan pelancong untuk melancong dengan selamat.

Sementara itu, Razali berkata pihaknya sentiasa bersedia dalam mempromosikan kembali pelancongan di Tasik Kenyir agar kembali rancak dengan kehadiran pelancong pada bila-bila masa sahaja. - KitaReporters


Empat buah Houseboat yang dijadikan pusat pemberian vaksin berlabuh di Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. 

1
1
0
0
0
You will be interested

Hebat ganu boh! 13k petugas barisan hadapan JKNT terima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19!

JKNT sediakan 6 hospital, 20 PPV milik KKM untuk pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kepada kira-kira 13,000 petugas barisan hadapan kesihatan jabatan itu

Di mana mereka? 74,910 penduduk Terengganu belum terima vaksin COVID-19! Usaha cari digerakkan!

Terengganu cari 74,910 penduduk dewasa yang masih belum terima janji temu suntikan vaksin COVID-19 supaya dapatkan suntikan vaksin dengan kadar segera di PPV
Mohammad Ishak in Alam Canggih 2 days ago

MyDigitalMaker 2021! Usaha MDEC, Jazro mempersiap sedia pelajar kepada dunia segalanya digital!

Jazari Robot Resources (Jazro) bekerjasama dengan MDEC untuk anjurkan pesta maya #MyDigitalMaker bagi wilayah Pantai Timur mulai dari 17 hingga 22 Oktober 2021
Editor 1 in Alam Canggih 2 days ago

Video| Anda takut jarum, disuntik? Tak perlu lagi! Akan muncul pistol gelembung atau bubble gun

Sejumlah orang fobia dengan jarum suntikan namun tak lama lagi mereka yang fobia ini sedia terima suntikan melalui teknologi baru, pistol gelembung (bubble gun)
Fauzan Uda Ahmad in Alam Canggih 3 days ago

Video| Hebatnya! Kereta paling mahal di dunia rupanya dipasang siap di Kepong! Korang tahu tak?

Bufori nama yang jarang didengar berbanding kereta di pasaran kini. Kereta mewah dipasang di Kepong itu dijual RM1.3j dan hanya mampu dimiliki golongan kayangan
Fariza Saidin in Alam Canggih 4 days ago