Alam & Sains 10 Jul, 2021

Berita baik untuk bangsa Johor! TMJ maklum Johor terima lebih 1.2 juta dos vaksin pada Julai!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this


Bangsa Johor menerima perkhabaran gembira yang dikongsikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa negeri Johor bakal menerima bekalan sejumlah 1.293 juta dos vaksin Covid-19 pada Julai 2021 ini.

Menurut baginda, dalam satu hantaran yang dimuat naik dialam laman Facebook  HRH Crown Prince of Johor, bekalan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Nasional (PICK) itu terdiri daripada 583,000 dos vaksin Pfizer, 637,000 vaksin Sinovac dan 73,000 vaksin AstraZeneca.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan TMJ

Tangkap layar perkongsian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai lebih 1.2 juta dos vaksin yang akan diterima oleh negeri Johor pada Julai 2021 yang dimuat naik dalam Facebook HRH Crown Prince of Johor. Kredit foto:  FB HRH Crown Prince of Johor.


“Vaksin tersebut akan sampai secara berperingkat-peringkat di mana sejumlah 51,100 dos akan sampai pada minggu pertama Julai 2021 dan dikuti pada minggu 5 Julai sebanyak 178,540 dos lagi.

“Seterusnya sejumlah 278,132 dos pada minggu 12 Julai, 394620 dos pada minggu 19 Julai dan terakhir 390,900 dos lagi pada minggu 26 Julai nanti,” titah baginda melalui hantaran dalam Facebook HRH Crown Prince of Johor itu.


Gambar hiasan... Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail bermesra dengan seorang kanak-kanak ketika majlis perasmian Tunku Mahkota Ismail Youth Center. - Kredit foto: Kosmo Digital. 


Dalam pada itu, baginda turut menyatakan bahawa baginda akan bersama-sama menjadi penerima vaksin tersebut di samping akan memastikan vaksin tersebut diberikan kepada semua penduduk bangsa Johor dengan efiisien dan tepat pada waktunya.

Baginda turut menjelaskan bahawa baginda telah diberi penerangan oleh pihak berwajib berhubung pendaftaran serta cara pengedaran vaksin tersebut.

Sebelum ini Tunku Ismail menitahkan agar badan sukarelawan Southern Volunteers digerakkan untuk membantu pendaftaran vaksin Covid-19 di seluruh negeri Johor melalui kempen Jom Daftar Vaksin yang berjaya mendaftar seramai 301,886 orang setakat 9 Julai 2021 dan masih berjalan sebelum berakhir pada 24 julai 2021.



Melalui hantaran tersebut juga baginda juga melahirkan keyakinan akan lebih ramai bangsa Johor diberikan suntikan vaksin dalam tempoh beberapa minggu akan datang bagi mencapai tahap imunisasi kelompok di negeri ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri  Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin serta pihak berkuasa  berkaitan yang telah menjayakan usaha ini.

“Saya juga ingin mengingatkan seluruh bangsa Johor untuk mendaftar vaksin dan mendapatkan vaksinisasi. Bersama kita akan dapat mengatasi wabak ini,” titah baginda. - KitaReporters


Gambar hiasan... Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sentiasa turun padang mendengar dan melihat masalah rakyat. - Kredit foto: Facebook.


Gambar hiasan... Tunku Ismail ketika melawat pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Penggerang, Johor. - Kredit foto:  Majlis Pembandaran Penggerang.

0
0
0
0
0
You will be interested