Alam & Sains 17 Dec, 2020

Pelitup muka premium! Himaya dicipta untuk wanita bertudung!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

MENYEDARI kesukaran yang dialami golongan bertudung di negara ini untuk mendapat pelitup muka yang sesuai dengan penampilan mereka, Anggun Kirana Sdn Bhd mengambil peluang untuk meneroka segmen berkenaan dengan melancarkan jenama pelitup muka premium khas untuk wanita bertudung, dikenali sebagai Himaya. : KItaReporters 



Lagi kisah-kisah berkaitan Elfira Loy:

https://kitareporters.com/search?search=elfira+loy


Himaya adalah jenama baharu pelitup muka perubatan (3 lapisan) yang diperbuat daripada fabrik gred perubatan yang premium dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan keupayaan serapan serta keselesaan yang lebih baik di samping mengurangkan iritasi

Dalam satu kenyataan media, Anggun Kirana memberitahu, memandangkan Himaya menyasar golongan bertudung, ia didatangkan dengan tali yang lembut dan boleh meregang pada bahagian kepala, berbeza dengan kebanyakan pelitup muka yang menyediakan tali untuk dicangkukkan di bahagian telinga.

Pemilik jenama Himaya, Anggun Kirana Sdn Bhd menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ KK Chua berkata, pemilihan sasaran pengguna bertudung yang khusus dibuat memandangkan terdapat potensi yang besar untuk diteroka dalam segmen berkenaan.

“Saya mendengar banyak maklum balas daripada golongan bertudung di luar sana yang menyatakan kesukaran mereka untuk mendapatkan pelitup muka yang mudah dipakai oleh wanita bertudung. 

“Kebanyakan pelitup muka yang dijual memerlukan mereka memakai sambungan (mask extender) dan ini agak merumitkan jika mereka tidak mempunyai sambungan berkenaan. 

"Justeru, Himaya muncul tepat pada waktunya bagi memberikan pilihan yang lebih selesa kepada golongan wanita bertudung,” katanya dalam satu kenyataan media sempena majlis pelancaran jenama Himaya di Hilton Kuala Lumpur pada 14 Disember 2020. 


Elfira Loy dan KK Chua (kanan) pada pelancaran pelitup muka premium khas untuk wanita bertudung, Himaya pada 14 Disember 2020.


Bagi menarik perhatian lebih ramai pengguna, Himaya turut menjalin kerjasama dengan selebriti terkemuka yang juga pelakon dan pengacara, Elfira Loy. Pelantikan Elfira dibuat memandangkan ia sesuai dengan penampilannya yang bertudung serta mempunyai jumlah pengikut yang ramai dalam platform sosial media. 

“Selain itu, Elfira juga mempunyai imej yang bersih dan beliau turut menggalas tanggungjawab dengan baik bukan saja sebagai seorang artis tetapi juga sebagai seorang ibu, anak dan isteri,” katanya.

Pelitup muka premium Himaya didatangkan dengan dua warna iaitu Love Latte (coklat lembut) dan juga Soft Olive (Hijau Pastel) yang tentunya memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk memilih pelitup muka yang sesuai dengan penampilan mereka.

Ia boleh didapati di semua rangkaian farmasi Watson dan Caring selain menerusi ejen yang berdaftar. 

Antara kelebihan yang ada pada pelitup muka premium Himaya adalah:

  • Ia tidak menghasilkan kabus sekiranya pengguna memakai cermin mata kerana dawai besi di dalamnya boleh dilenturkan mengikut kesesuaian.
  • Fabrik ‘non-woven’ yang membantu mengurangkan iritasi sekiranya dipakai dalam tempoh yang panjang
  • Perlindungan tambahan daripada bakteria, asap, titisan cecair dan debu



Mengulas lanjut, Chua berkata dengan pelancaran pelitup muka premium Himaya, pihaknya menyasar jualan sehingga 100,000 kotak sebulan di seluruh negara.

“Kami juga mempunyai perancangan untuk mengeksport produk Himaya ini ke negara jiran iaitu Indonesia memandangkan negara berkenaan mempunyai jumlah penduduk yang tinggi,” katanya lagi dalam kenyataan media itu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini Himaya, layari laman sosial Facebook Himaya. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested