Alam & Sains 26 Jan, 2022

Ramai terkejut! Penguin boleh dimakan! Comel dan halal tapi terancam, kata Dr Zulkifli Al-Bakri!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


RAMAI yang terkejut apabila bekas Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam media sosial miliknya mendakwa penguin halal dimakan!

Kenyataan itu dibuat sebagai menjawab persoalan seorang pengguna Twitter bertanya adakah haiwan comel itu halal dimakan.


Lagi kisah berkaitan hukum hakam


Penguin emperor kini terancam dek kepupusan. - Kredit foto: Google Image


Sebelum itu, kita kenali serba sedikit haiwan comel bernama penguin ini. 

Menurut Wikipedia, penguin adalah sejenis burung akuatik yang tidak dapat terbang dan banyak hidup di kawasan beriklim sejuk dalam Hemisfera Selatan dan tergolong dalam ordo Sphenisciformes keluarga Spheniscidae.

Bilangan spesies burung penguin masih didebatkan. 

Bergantung pada pihak mana yang diikuti, kepelbagaian burung penguin berbeza-beza antara 17 dan 20 spesies, semuanya dalam subfamili Spheniscinae.

Sesetengah sumber menganggap spesies white-flippered penguin (penguin berkaki sirip putih) sebagai spesies Eudyptula berasingan, sementara yang lain memperlakukan ia sebagai subspesies Little Penguin.


Dr Zulkifli menjawab pertanyaan mengenai halal haram memakan penguin.


Berbalik kepada persoalan tadi, menurut Dr Zulkifli, penguin halal dimakan namun apa yang lebih penting, ada beberapa spesis yang terancam yang perlu dijaga kelestariannya.

“Comel dan halal. Namun ada sebahagian spesiesnya seperti emperor penguin sedang terancam. Bersama kita lindunginya,” tulisnya menjawab persoalan seorang pengguna Twitter.

Namun, kenyataan Dr Zulkifli itu menyebabkan beberapa pengguna Twitter yang lain keliru kerana menganggap penguin adalah haiwan dua alam.

Kekeliruan itu segera ditangani Dr Zulkifli dengan memetik pendapat ulama.

“Pada asasnya, ulama mazhab Syafie berpendapat semua jenis burung air adalah halal untuk dimakan kecuali burung bangau kerana terdapat perbezaan pendapat mengenainya sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam al-Rafi‘i. Penguin adalah daripada spesies burung laut,” jelasnya.

Sebagai kesimpulannya, apa yang dijelaskan oleh Dr Zulkifli adalah soal haram atau tidak. 

Walaupun penguin halal dimakan, tidak bermaksud Dr Zulkifli menggalakkan kita memakan daging penguin terutamanya spesis yang terancam. - KitaReporters


Penguin bukan haiwan dua alam.

6
13
0
15
0
You will be interested