Alam Canggih 25 May, 2021

PKPD: Tiada solat Jumaat, aktiviti keagamaan di 15 mukim dalam daerah Besut! Cegah penularan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Gambar hiasan... Masjid Hadhari Bandar Jertih


Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersetuju perlaksanaan aktiviti ibadat di masjid dan surau dengan tidak membenarkan aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat di masjid di 15 mukim dalam daerah Besut yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Yang Dipertua MAIDAM Datuk Osman Muda berkata, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan solat Jumaat di kawasan PKPD bagi daerah Besut diganti dengan solat zuhur bagi mencegah penularan COVID-19.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masjid

Osman Muda


Katanya, baginda amat mengambil berat dan menzahirkan kebimbangan akan peningkatan kes positif jangkitan harian COVID-19 di daerah Besut.

Beliau berkata, keputusan tersebut selaras dengan arahan Kerajaan Persekutuan yang melaksanakan PKPD di 15 mukim dalam Daerah Besut bermula 22 Mei hingga 4 Jun 2021.

“MAIDAM bersetuju selepas mengambil kira pandangan Sahibus Samahah Datuk Mufti Negeri Terengganu dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, perlaksanaan berikutan daerah Besut yang dikenakan PKPD berikutan jangkitan COVID-19 yang tinggi di negeri itu," katanya dalam satu kenyataan, 24 Mei 2021.

Osman berkata, solat berjemaah di masjid dan surau adalah dibenarkan dengan bilangan jemaah maksimum seramai lima orang sahaja melibatkan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid atau surau.


Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih.Gambar hiasan


“Ahli kariah hendaklah menggantikan solat Jumaat dengan menunaikan solat zohor dan menunaikan solat-solat fardu yang lain di rumah masing-masing,” kata Osman dalam satu kenyataan itu lagi.

Katanya, laungan azan di masjid dan surau adalah dibenarkan sebagai memakluman kepada ahli kariah berkaitan masuk waktu solat tetapi  aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan lain tidak dibenarkan.


Kenyataan Media MAIDAM


Menurutnya lagi, solat jenazah di masjid dan surau juga tidak dibenarkan.

Beliau berkata, pengurusan dan solat jenazah hendaklah dilaksanakan di rumah atau premis persendirian dengan hanya melibatkan kehadiran pegawai atau jawatankuasa masjid dan ahli keluarga terdekat tidak melebihi dua puluh orang sahaja.



Manakala, pengurusan pengebumian jenazah di tanah perkuburan pula dilaksanakan dengan kehadiran tidak melebihi dua puluh orang terdiri daripada pegawai atau jawatankuasa masjid, petugas dan ahli keluarga si mati sahaja.

Katanya, mana-mana masjid atau surau yang dikenakan arahan penutupan di bawah Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak dibenarkan melaksanakan apa-apa aktiviti sepanjang tempoh penutupan.



“Jawatankuasa masjid dan surau dikehendaki mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Kesihatan dan Keselamatan dan garis panduan serta arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dari semasa ke semasa,” ujarnya. 

Osman berkata, Sultan Mizan menyeru rakyat jelata khususnya di kawasan yang terlibat dengan PKPD mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan sama-sama memainkan peranan bersama barisan hadapan dalam menangani wabak ini dari terus merebak dan seterusnya ianya dapat dikawal sepenuhnya. - KitaReporters


 

1
1
6
0
0
You will be interested

Hebat ganu boh! 13k petugas barisan hadapan JKNT terima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19!

JKNT sediakan 6 hospital, 20 PPV milik KKM untuk pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kepada kira-kira 13,000 petugas barisan hadapan kesihatan jabatan itu

Di mana mereka? 74,910 penduduk Terengganu belum terima vaksin COVID-19! Usaha cari digerakkan!

Terengganu cari 74,910 penduduk dewasa yang masih belum terima janji temu suntikan vaksin COVID-19 supaya dapatkan suntikan vaksin dengan kadar segera di PPV
Mohammad Ishak in Alam Canggih 2 days ago

MyDigitalMaker 2021! Usaha MDEC, Jazro mempersiap sedia pelajar kepada dunia segalanya digital!

Jazari Robot Resources (Jazro) bekerjasama dengan MDEC untuk anjurkan pesta maya #MyDigitalMaker bagi wilayah Pantai Timur mulai dari 17 hingga 22 Oktober 2021
Editor 1 in Alam Canggih 2 days ago

Video| Anda takut jarum, disuntik? Tak perlu lagi! Akan muncul pistol gelembung atau bubble gun

Sejumlah orang fobia dengan jarum suntikan namun tak lama lagi mereka yang fobia ini sedia terima suntikan melalui teknologi baru, pistol gelembung (bubble gun)
Fauzan Uda Ahmad in Alam Canggih 3 days ago

Video| Hebatnya! Kereta paling mahal di dunia rupanya dipasang siap di Kepong! Korang tahu tak?

Bufori nama yang jarang didengar berbanding kereta di pasaran kini. Kereta mewah dipasang di Kepong itu dijual RM1.3j dan hanya mampu dimiliki golongan kayangan
Fariza Saidin in Alam Canggih 4 days ago