Pengenalan perkhidmatan ini adalah selari dengan usaha kerajaan dalam mendigitalkan sejumlah perkhidmatan kerajaan sedia ada. - Kredit Foto; JSPTPDRM
SEMPENA Hari Polis Ke-241 yang disambut pada 25 Mac 2021 lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan Majlis Pelancaran Portal Dan Aplikasi MyBayar Saman yang dirasmikan sendiri oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Menariknya kempen MyBayar Saman itu ditawarkan kepada mereka yang membuat pendaftaran portal dan aplikasi mudah alih “MyBayar Saman” di portal https;//mybayar .rmp.gov atau aplikasi di Google Playstore atau Apple Store.
Tawaran itu diberikan bagi memberi kemudahan melunaskan kompaun saman trafik secara dalam talian dan berpeluang menikmati diskaun saman 50% bermula 25 Mac 2021 hingga 11 April 2021.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan PDRM:
https://kitareporters.com/search?search=pdrm
Aplikasi mudah alih “MyBayar Saman” bagi memberi kemudahan melunaskan kompaun saman trafik secara dalam talian.
Bagaimanapun tawaran diskaun itu tidak terpakai untuk kesalahan utama trafik antaranya melanggar lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju ditetapkan, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon semasa memandu dan memandu di lorong kecemasan.
Pelancaran MyBayar Saman itu selari dengan usaha
kerajaan dalam mendigitalkan sejumlah perkhidmatan kerajaan sedia ada.
Dalam masa sama, pengguna boleh melakukan semakan dan bayaran saman secara dalam talian tanpa sebarang caj perkhidmatan, berbeza dengan beberapa penawaran lain.
Wah ni peluang terbaik!
Tawaran diskaun itu berlangsung selama 18 hari bermula 25 Mac sehingga 11 April bagi menggalakkan orang ramai menggunakan portal dan aplikasi MyBayar Saman. - Kredit Foto Facebook Abdul Hamid Bador.
Portal terbaharu PDRM berkenaan merupakan sebuah kemudahan pembayaran dalam talian yang diwujudkan sebagai alternatif kepada orang ramai untuk membayar kompaun saman trafik berbanding dengan kaedah bayaran sedia ada.
MyBayar Saman merupakan satu lagi inisiatif Jabatan Siasatan dan PenguatKuasaan Trafik PDRM (JSPT) menuju ke arah ekosistem digital demi meningkatkan sistem penyampaian yang lebih cepat, cekap dan murah demi memenuhi ekspektasi orang ramai.
Jom kita tengok cara untuk mendaftar.
A) CARA MEMBUAT PENDAFTARAN MYBAYAR SAMAN
- Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/
- Tekan butang DAFTAR PENGGUNA BAHARU.
- Isi maklumat peribadi.
- Pengesahan OTP akan diberikan melalui SMS di telefon bimbit.
- Log masuk di portal menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
B) SEMAKAN SAMAN
- Langkah membuat semakan saman adalah seperti di bawah:
- Log masuk ke https://mybayar.rmp.gov.my/
- Semak bahagian Profil
- Saman yang belum dijelaskan akan dipaparkan (jika ada)
C) PEMBAYARAN SAMAN ONLINE
- Jika ada saman yang tertunggak, sila buat bayaran online mengikut langkah di bawah ini:
- Tekan butang BAYAR di butiran saman.
- Buat semakan bagi saman yang ingin dibayar.
- Pilih mod bayaran dan tekan butang BAYAR.
Ayuh jangan lepaskan peluang ini siapa yang ada saman
tu, inilah masa sesuai untuk anda membayar saman melalui Portal berkenaan. - KitaReporters