Alam & Sains 09 Apr, 2021

Boleh tapau semua! Tapaw: Platform logistik pertama Malaysia tawar penghantaran semua barangan!

@rahanamd
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this

Siti Zailah Mohd Yusoff merasmikan Kursus Kepimpinan dan Watikah Lantikan Tapaw Peringkat Kebangsaan 2021 pada Sabtu, 4 April 2020 di Shah Alam, Selangor.


DALAM situasi pandemik Covid-19 ini ramai yang berkeluh kesah akibat hilang pekerjaan dan terjejas pendapatan namun dalam masa yang sama banyak syarikat tempatan membuka peluang kepada mereka asalkan tidak memilih dan rajin berusaha.

Kini muncul syarikat Tapaw mewujudkan platform digital yang pertama di negara ini menawarkan perkhidmatan logistik atau penghantaran pelbagai jenis barangan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkhidmatan penghantaran


Salah sebuah motorsikal yang akan digunakan untuk perkhidmatan penghantaran makanan yang dikendalikan oleh Tapaw dipamerkan pada Sabtu, 4 April 2020 di Shah Alam, Selangor.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tapaw, Dato’ Anuar A Rahman, asalkan individu itu mempunyai kenderaan dan lesen mereka sudah boleh mendaftar dan melayakkan mereka bekerja.

“Tapaw adalah syarikat penghantaran apa sahaja jenis barangan ke destinasi yang dimahukan pelanggan dan pertama seumpamanya di negara ini. Contohnya apabila seseorang sudah mendaftar, dia hanya memerlukan data untuk menyemak aplikasi senarai kerja ditawarkan, pilih dan gerak. Lebih menarik pekerjaan tersebut boleh dilakukan secara bebas dan di mana sahaja dia berada.  

“Misalnya dia tinggal dan menjadi ahli Tapaw di Perlis, tiba-tiba berada di Shah Alam. Apabila dia membuka aplikasi terdapat senarai kerja yang sesuai, dia boleh terus mengambilnya. Ini bermakna selagi ada data internet, di situlah ada peluang untuk mereka melakukan pekerjaan penghantaran,” katanya pada sidang media selepas majlis Perasmian Kursus Kepimpinan dan Watikah Lantikan Tapaw Peringkat Kebangsaan 2021 pada Sabtu, 4 April 2020 di Shah Alam, Selangor.

Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff menyempurnakan majlis.


Anuar A. Rahman menunjukkan salah satu kameja-T yang akan digunakan oleh pemandu kenderaan Tapaw kepada Siti Zailah Mohd Yusoff pada majlis Kursus Kepimpinan dan Watikah Lantikan Tapaw Peringkat Kebangsaan 2021 pada Sabtu, 4 April 2020 di Shah Alam, Selangor. 


Anuar menambah, kursus tersebut disertai 72 peserta yang terdiri daripada rakan niaga Tapaw dari seluruh negara yang diberikan bimbingan dan pendedahan pelan strategi dan hala tuju syarikat.

“Rakan niaga ini akan mewakili syarikat untuk membantu rakan pemandu, peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta pengguna aplikasi Tapaw mendapatkan perkhidmatan terbaik.

“Tapaw baru dilancarkan empat bulan lalu dan kini telah mempunyai 100,000 kenderaan di seluruh negara. Kami sasarkan peluang pekerjaan ini di mana sahaja termasuk di luar bandar apabila pada hujung bulan ini akan dilancarkan penghantaran makanan (halal) melalui penunggang motorsikal  pula,” katanya.

Tambahnya lagi, penambahan perkhidmatan tersebut membuka peluang perniagaan kepada 50,00 peniaga termasuk suri rumah  memasarkan produk mereka apabila menggunakan aplikasi Tapaw Mall.

“Selepas menerima pesanan menerusi aplikasi, bahagian logistik akan datang mengambil dan menghantar ke destinasi yang dimahukan. Ia akan memberi manfaat kepada IKS serta menyokong usaha kerajaan untuk mentransformasikan perniagaan digital,” katanya.



Sementara itu, Siti Zailah memberitahu kerajaan sentiasa menyokong dan mengalu-alukan program seumpama itu kerana ia salah satu inisiatif membantu keperluan semasa dan sesuai dengan situasi pandemik sekarang.

“Pada masa pandemik ramai kehilangan pekerjaan dan program seumpama ini sangat baik terutama dalam kalangan B40 yang terjejas pendapatan mereka. Peluang yang ditawarkan oleh Tapaw mampu menangani isu kemiskinan yang mana buat masa ini terdapat 560,000 penerima bulanan daripada kementerian.

“Justeru golongan penerima ini sebaiknya rebut peluang supaya sama-sama dibimbing dan dipantau untuk membaiki pendapatan mereka . Saya berharap lebih banyak syarikat melakukan program begini melalui penggunaan teknologi digital untuk mengembangkan ekonomi negara,” ujarnya.

Orang ramai berpeluang menjadi pemandu logistik, peniaga dan pengguna dengan mendaftar secara percuma di laman web tapaw.com dan muat turut  aplikasi Tapaw di Apps Store dan Google Play Store. - KitaReporters



Seramai 72 rakan niaga Tapaw menerima lantikan dan watikah pada majlis Kursus Kepimpinan dan Watikah Lantikan Tapaw Peringkat Kebangsaan 2021 pada Sabtu, 4 April 2020 di Shah Alam, Selangor. 

5
3
0
0
0
You will be interested