Alam & Sains 30 Jan, 2021

48 petugas kesihatan Terengganu disahkan dijangkiti COVID-19! Khidmat kes ringan HSNZ ditutup

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu ditutup untuk perkhidmatan kes ringan


PENULARAN pandemik COVID-19 di Terengganu semakin membimbangkan masyarakat apabila wabak berkenaan kini sudah menjangkiti kakitangan jabatan kesihatan yang dianggap petugas barisan hadapan untuk menjaga kesihatan rakyat.

Tular dalam media sosial sejak petang Jumaat 29 Januari 2021 berpuluh-puluh warga kesihatan sedang menunggu giliran untuk menjalankan saringan kesihatan COVID-19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ):

https://kitareporters.com/search?search=hsnz


Pengarah JKNT Dr Nor Azimi Yunus


Susulan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) memberi maklum balas terhadap isu yang ditularkan oleh netizen  dengan mengesahkan kenyataan bahawa terdapat jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan di HSNZ.

Sehingga 29 Januari 2021, terdapat seramai 48 orang petugas kesihatan yang telah dijangkiti COVID-19.

Pengarah JKNT, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Katanya lagi, siasatan untuk mengenal pasti punca jangkitan sedang dijalankan. Kontak rapat bagi kes telah disaring dan diasingkan.

“Pengurusan rawatan pesakit di HSNZ masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal,” katanya menerusi kenyataan media yang diedarkan pada Sabtu 30 Januari 2021. 


Kenyataan Media Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu


Dr Nor Azimi berkata, Perkhidmatan Unit Rawatan Rapi (ICU), Dewan Bedah dan perkhidmatan kecemasan masih berjalan. 

Namun bagi mengurangkan gangguan pada perkhidmatan sedia ada, perkhidmatan untuk rawatan kes-kes ringan di Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu ditutup sementara.

Berikutan itu bermula Jumaat 29 Januari 2021, pihak JKN Terengganu menasihati orang awam yang ingin mendapatkan rawatan bagi kes-kes ringan (zon hijau) masih boleh mendapatkan rawatan bagi kes-kes ringan di Jabatan Pesakit Luar, HSNZ atau klinik-klinik kesihatan yang berdekatan. 



“Orang awam diminta untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih supaya tidak mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” tambah kenyataan tersebut. 

Pihak JKNT akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan dalam kalangan petugas kesihatan dan pesakit di kawasan hospital. - KitaReporters

5
3
14
1
1
You will be interested